Wendy Red Velvet dilaporkan telah dibebaskan daripada hospital setelah pulih daripada kecederaan yang dialaminya akibat terjatuh di atas pentas semasa membuat persembahan di dalam SBS Gayo Daejon di Gocheok Sky Dome, Seoul pada 25 Disember 2019.
Jurucakap agensinya, SM Entertainment, berkata, “Kesihatan Wendy semakin baik. Dia sedang menerima rawatan pesakit luar.” Kemalangan di atas pentas tersebut menyebabkan mukanya tercedera selain keretakan yang berlaku pada tulang telapak tangan dan pinggulnya. Sepanjang terlantar di dalam hospital, Wendy tidak dapat menyertai sebarang aktiviti melibatkan dirinya bersama dengan rakan-rakan Red Velvet yang lain dalam mempromosikan album studio mereka, The ReVe Festival: Finale dengan lagu hit ‘Psycho’ sebagai single utama.
Bagaimanapun, setelah mendapat lampu hijau tentang keadaan kesihatannya yang kian beransur-ansur pulih, Wendy telah memilih untuk bergerak aktif semula dengan menyertai beberapa projek terbaru yang di antaranya menjadi pelakon suara untuk animasi dub “Trolls: World Tour” versi Korea digandingkan bersama Ro Woon SF9.
Sumber: topstarnews