Asalnya penggemar kebab kambing, Suga BTS kini tanpa segan silu mengaku suka mentekedarah makanan HALAL

Dahulunya, Suga BTS merupakan penggemar tegar kebab kambing sehingga beliau pernah disarankan oleh Jungkook untuk mengusahakan restoren kebab bersama pada suatu masa nanti. Malah, apabila ditanya oleh DJ radio SiriusXM Hits 1′, Suga sendiri mengaku restoren yang akan selalu dikunjunginya di Amerika Syarikat bersama rakan-rakan BTS ialah deretan kedai Arab yang terletak di New York, yang dikenali sebagai Halal Guys, di mana kebab tersebut lebih mudah untuk dijumpai.

Kini, makanan tersebut sudah menjadi makanan ruji hariannya.

Dalam episod ke-97 segmen Run BTS! 2020, setiap ahli BTS diminta untuk menanya apa-apa saja mengenai diri masing-masing dengan peneka yang betul akan diberikan markah. Apabila tiba saja giliran Suga, beliau pun menyoal rakan-rakannya , “Benda ini paling sukar untuk dihantar ke apartment kita. Tak banyak boleh dipesan di Hannam-dong. Jadi, agak-agaknya apakah makanan terakhir yang dipesan oleh Suga?”

Kesemua ahli BTS tidak tahu tentang perkara ini. Oleh yang demikian, tiada seorang pun yang meneka betul jawapannya apabila Suga tanpa segan silu menamakan makanan tersebut ialah makanan halal. Tidak dapat dipastikan sama ada makanan halal tersebut secara spesifik merujuk pada kebab kegemarannya, atau makanan halal secara amnya.

Apapun, jenama halal itu sendiri adalah terma sejagat yang mudah untuk dikenali, seperti juga kpop dan hallyu. Dengan secara tidak langsung, Suga sendiri menyeru peminat BTS, atau rakyat Korea, cuba pula menikmati makanan halal orang Islam yang agak jarang ditemui di Korea tapi baginya mudah diperolehi dengan perkhidmatan pesanan makanan. .

Sumber: VLive

loading...