Kemunculan Lee Seung Gi secara tiba-tiba sebagai penyampai berita di dalam SBS 8 News undang tanda tanya netizen

Lee Seung Gi membuat kejutan tiba-tiba sebagai penyampai berita ‘terbaharu’ di samping penyampai berita tersohor, Kim Yun Sang untuk slot buletin utama cenel SBS, ‘8 News’ semalam.

Kim Yun Sang memulakan rutin hariannya dengan berkata, “Hari ini, saya perkenalkan Lee Seung Gi sebagai penyampai berita harian.”

Lee Seung Gi kemudiannya menyampaikan berita tentang kebangkitan semula pemain besbol Lotte, Kim Sang Ho yang pada sekian masa dahulu terpaksa meninggalkan karier sukannya kerana menghidapi barah otak. “Dia bangkit semula dengan dua mata tambahan daripada home-run,” hebah Lee Seung Gi dengan penuh yakin.

Kemunculannya itu mendatangkan tanda tanya kepada netizen memandangkan Lee Seung Gi tidak pernah menyatakan pendirian untuk bekerja sebagai juruhebah tv sebelum ini lagi-lagi slot tersebut bukan sewenang-sewenangnya boleh diserahkan kepada mana-mana pendatang baru. Bagaimanapun, cara penyampaian berita oleh Lee Seung Gi tersebut sebaliknya menerima respon positif daripada penonton yang rata-ratanya memuji ketrampilannya tanpa rasa gugup meskipun jika beliau dikerahkan sebagai pendatang baru.

Menjelaskan kekeliruan tentang dakwaan Lee Seung Gi akan bekerja sebagai juruhebah tv,  jurucakap rasmi SBS berkata  “Ia hanya penggambaran untuk SBS Master In The House saja.” SBS Master In The House  ialah sebuah rancangan realiti tv di mana pelakon-pelakonnya dikepalai oleh Lee Seung Gi akan menuntut ilmu daripada pakar-pakar dan berkampung bersama mereka. Maka, kehadirannya sebagai pelakon SBS Master In The House akhirnya menjawab pertanyaan tersebut.

Sumber: tv report, my daily

loading...