Chen EXO menulis surat terbuka ditujukan buat peminatnya dan Exol (kelab peminat EXO) secara keseluruhannya di atas pengumuman mengejut tentang statusnya yang sudah memiliki teman wanita dan akan berkahwin tak lama lagi. .
“Saya bimbang kerana telah melukakan hati kalian dengan tulisan yang buruk, tapi saya mahu memohon maaf juga buat mereka yang tertunggu selama ini. Saya ingin meminta maaf pada EXO-L yang masih terkejut dengan pengumuman yang saya buat tempoh hari. Kali pertama saya tulis surat itu, itulah pengalaman pertama saya kerana saya risau apa nak diberitahu pada EXO-L yang menyokong saya selama ini…Namun kerana kelemahan bahasa dan penggunaan ayat yang sesuai telah menyebabkan sesetengahnya terluka, akhirnya menyebabkan hati saya turut bersedih,” nukil Chen EXO dalam suratnya.
Tambahnya lagi, “Saya begitu terharu dengan kasih sayang yang kalian berikan pada saya, dan saya di sini kerana kasih sayang itu. Saya rayu dimaafkan walaupun sedikit lewat.”
Walaubagaimanapun, rata-rata netizen tidak mengambil peduli permohonan maaf tersebut dengan kata-kata nista dilihat telah dilemparkan ke atasnya berdasarkan komentar-komentar di portal Naver dan laman komuniti forum. Sebelum ini, sebilangan EXO-L yang jelas kecewa dengan pengumuman mengejut tersebut mahu Chen dikeluarkan daripada EXO.
Sumber: enews24