Lagenda K-Pop SUPER JUNIOR kembali ke Malaysia selepas enam tahun dengan konsert skala besar yang lebih hebat!
Konsert yang dibawakan oleh Star Planet ini ‘SUPER JUNIOR WORLD TOUR – SUPER SHOW 8 : INFINITE TIME’ in KUALA LUMPUR akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 1 Mac 2020 jam 5 petang.
Konsert Jelajah Super Show siri ke-8 adalah bersempena dengan album studio mereka yang ke-9 iaitu ‘Time_Slip’ yang telah dimulakan di Seoul Oktober lepas dan telah merentasi negara Jepun, Thailand, Filipina, Indonesia dan beberapa bandar utama lain.
Konsert jelajah ini juga merupakan kali pertama mereka kembali semula ke pentas selepas khidmat negara dalam tentera. Jelajah ke Malaysia juga menandakan kembalinya mereka ke sini selepas SUPER SHOW 5 pada tahun 2013.
Dikenali sebagai Raja K-Pop, SUPER JUNIOR debut pada tahun 2005 dan merupakan kumpulan K-pop lelaki yang paling lama bertahan dan masih aktif sehingga kini. Mereka mengecapi kejayaan global apabila lagu “Sorry, Sorry” yang hit dan tular pada tahun 2009. Kejayaan demi kejayaan terus ditempa dengan mega hit “Mr. Simple”, “Sexy, Free & Single”, “MAMACITA”, “Black Suit”, “Lo Siento” dan banyak lagi.
Walaupun telah berada 15 tahun dalam industri, SUPER JUNIOR terus membuktikan status Raja K-Pop mereka apabila menjadi kumpulan artis dalam bahasa asing yang pertama memenangi Anugerah “Artiste of the Year” di 14th KKBOX Music Awards. Juga menjadi artis K-pop pertama yang tersenarai dalam Billboard’s Latin Songs di no. 13 pada tahun lepas dengan lagu “Lo Siento”
Ahli SUPER JUNIOR yang terdiri dari LEETEUK, SIWON, DONGHAE, RYEOWOOK, KYUHYUN, SHINDONG, YESUNG dan juga EUNHYUK yang juga merupakan ketua pengarah konsert untuk siri jelajah ini, sudah pasti akan membawa sekali karisma kemasyuran yang tidak ditelan masa dengan persembahan SUPER mereka. Dilengkapi juga dengan produksi pentas yang eksplosif dan state-of-the-art yang istimewa untuk E.L.F.
Jualan tiket SUPER JUNIOR WORLD TOUR – SUPER SHOW 8 : INFINITE TIME’ in KUALA LUMPUR bermula pada 21 Januari 2020 pukul 12 tengahari secara dalam talian di www.myticket.asia, manakala jualan langsung (walk-in) boleh dibeli di cawangan berdaftar MyTicket Asia bermula 22 Januari 2020. Potongan diskaun 10% akan diberi pada 1,000 jualan tiket pertama (tiket Rock zone, Cat 1 & Cat 2 sahaja). Tawaran adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan terhad kepada 4 tiket sahaja untuk setiap transaksi (tertakluk pada syarat-syarat).
Harga tiket-tiket lain yang boleh dibeli adalah RM798 (Rock zone), RM748 (Cat 1), RM588 (Cat 2), RM488 (Cat 3), RM388 (Cat 4) dan RM268 (Cat 5) (harga tertakluk RM4 yuran tiket). Fans berdaftar dengan Star Planet Member sebelum membeli tiket, layak untuk menerima 1 poin reward untuk setiap RM1 yang dibelanjakan untuk membeli tiket. Poin reward boleh ditukar kepada merchandise edisi terhad Star Planet.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Star Planet di +603-9223 3667 / MyTicket Asia +603- 8605 0195 atau layari www.starplanet.com.my