Ra Mi Ran akan menjadi ahjumma penjual ikan dalam tvN Buam-dong Revenge Social Club?

Pemenang Best Supporting Actress 5th CARI Kdrama Awards, Ra Mi Ran baru ditawarkan untuk menjayakan watak utama drama terbaru tvN berjudul Revenge Social Club, seorang penjual ikan dan juga merupakan ibu tunggal dua orang anak yang menghadapi kesukaran  kerana berhutang. Ra Mi Ran akan berganding dengan dua orang wanita lain yang mengalami nasib yang sama sepertinya lalu membentuk sebuah organisasi kelab dinamakan sebagai  , “Revenge Social Club”. Dua lagi wanita tersebut adalah seorang surirumah yatim piatu dan anak seorang chaebol yang dikongkong setiap masa.

Drama ini yang diadaptasikan daripada webtoon yang menggunakan tajuk yang sama akan diarahkan oleh pengarah Ex-Girlfriend Club, PD Kwon Seok-jang. Tidak dapat dinafikan watak sebegini bakal memberikan pandangan berbeza buat Ra Mi Ran yang terkenal dengan imej komikal pada wanita yang berada di lewat usia seperti ditunjukkannya dalam Reply 1988. Premis drama ini juga pastinya bakal mengingatkan peminat drama Reply 1988 kepada trio ahjumma yang diketuai Ra Mi Ran.

Sumber: OSEN

loading...