Ahli-ahli kumpulan BTS sekali lagi menguasai undian 100 lelaki paling seksi untuk tahun 2019 berdasarkan undian dibuat oleh portal media Starmometer dengan Taehyung BTS dinobatkan sebagai pemegang takhtanya.
Taehyung BTS memperolehi undian terbanyak iaitu 171,266 dan diekori rapat oleh Jimin BTS di tempat kedua dengan undian sebanyak 129,388. Jungkook BTS dan Kim Seok Jin BTS menyusuli kemudian di tangga ke-3 dan ke-4 masing-masing dengan undian sebanyak 111,564 dan 31,152. Jungkook BTS merupakan bekas pemegang takhta lelaki paling seksi di dunia untuk tahun 2018. Manakala, pemegang lelaki paling kacak di Asia baru-baru ini, Xiao Zhan juga berada di dalam kelompok lima terbaik menunjukkan pengaruh pelakon China itu dalam memecahkan dominasi tembok besar artis kelahiran Korea Selatan yang lazimnya menguasai undian tersebut.
Baca lagi: Pelakon drama ‘Untamed’ ini terpaksa akur dengan kehendak jutaan peminat membuka laman weibo sendiri
Turut tersenarai di dalam 100 lelaki paling seksi ialah pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding di kedudukan ke-71 yang sangat popular di serantau dunia kerana filem Crazy Rich Asians. Beliau seolah-olah menggantikan tempat Fattah Amin yang pernah berada dalam senarai itu pada tahun 2018.
Kendatipun begitu, senarai ini agak dipertikaikan kerana ia bersandarkan pada populariti semata-mata. Majalah TIME dan People antara yang menyenaraikan lelaki paling seksi di dunia mengikut ‘standard’ mereka tersendiri. Bagaimanapun, jika anda mahu melihat senarai penuh 100 Lelaki Paling Seksi Di Dunia oleh Starmometer, bolehlah dirujuk di sini.