Dikhabarkan Jang Ki Yong dan Park So Dam ditawarkan untuk membintangi sebuah drama baru bersama.
Pada 21 November, YG Entertainment menyatakan, “Jang Ki Yong telah menerima tawaran untuk berlakon dalam drama terbaru tvN ‘Record of Youth’ (tajuk kerja) dan kini dia sedang menelitinya.”
Terdahulu, pada minggu lepas, Park So Dam dilaporkan sedang meneliti tawaran yang sama sebagai teraju utama drama tersebut. Jang Ki Yong dan Park So Dam pernah bergandingan menerusi drama“A Beautiful Mind” pada tahun 2016.
“Record of Youth” adalah sebuah kisah mengenai kehidupan anak muda dalam dunia peragaan dan karakter Jang Ki Yong berpotensi menarik perhatian ramai kerana dia mula debut sebagai seorang model sebelum bergelar pelakon.
Drama ini bakal mendapat khidmat PD Ahn Gil Ho, yang sebelum ini pernah mengarahkan projek hebat seperti “Forest of Secrets” (atau turut dikenali sebagai “Stranger”), “Memories of the Alhambra,” dan “Watcher.” Manakala skripnya akan dinukilkan oleh Ha Myung Hee yang sebelum ini menghasilkan “Doctors” dan “Degree of Love.”
“Record of Youth” dijadualkan untuk tayangan tahun 2020.
Sumber : sports.chosun | m.star
Foto di kreditkan seperti tertera