Bandar Jeongseon Yang Menarik Antara Venue Bagi Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018

Kali ini kita ke Jeongseon pula. Jom ketahui info dan tempat menarik mengenai Jeongseon yang merupakan salah satu tempat bagi acara Temasya Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018.


Info menarik Jeongseon

  • Terletak di Wilayah Gangwon, Korea Selatan. Ia juga adalah tempat asal pelakon terkenal Won Bin dan pemain bola sepak Seol Ki-hyeon

  • Kini, bandar berhampiran di Jeongseon,  dikenali sebagai “City of Arirang” (Arirang adalah wakil kepada lagu-lagu rakyat Korea). Ia juga telah muncul sebagai tempat bercuti paling disinggahi kerana ia pernah menjadi lokasi penggambaran drama hit Korea iaitu ‘Decendants Of The Suns’ pada tahun 2016 lakonan hebat Song Joong Ki, Song Hye Kyo, Jin Goo dan Kim Ji Won.

  • Jeongseon merupakan bandar ketiga yang terlibat dalam acara temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 selepas PyeongChang sendiri dan Gangneung

  • Festival Jeongseon Arirang diraikan pada awal bulan Oktober, selama tiga hari. Festival ini diadakan setiap tahun  dimulai dengan acara memperingati serta lakonan semula peristiwa bersejarah dan diikuti oleh pelbagai acara sukan dan kebudayaan seperti persembahan Arirang


Daerah Jeongseon

  • Keluasan Kawasan → 1,220.67 km2 (471.30 sq mi)
  • Populasi Penduduk → 35,804 (2010)
  • Keadaan cuaca tahunan → 10.3℃ (-6.2℃, 24.3℃)
  • Simbol daerah :

Bunga : Donggang Pasqueflower

 

bunga ini yang kembang mekar walaupun dengan pelbagai halangan  melambangkan melambangkan kehendak yang kuat  rakyat Jeongseon, serta semangat mereka yang sentiasa kental untuk masa akan datang (Bunga ini telah ditetapkan sebagai tumbuhan hanya terdapat di Korea pada tahun 2000)

Burung : Kestrel

Melambangkan integriti dan misteri Jeongseon yang mengekalkan alam semula jadi serta pemandangan indah (merupakan spesis dilindungi dalam Treasure Natural 323)

 

Pokok : Halia (Dongbak)

Kebiasaannya  boleh dilihat dengan mudah di kawasan pergunungan yang berhampiran dan di lembah pada awal musim bunga dan warnanya akan berubah  di setiap musim melambangkan kesucian dan tenaga rakyat Jeongseon.


Stadium Yang Bakal Digunakan Sempena Temasya Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

Jeongseon Alpine Centre

(Sila baca juga DISINI)

  •  Ia terletak di atas tapak Gunung Gariwang , di perbandaran Bukpyeong di daerah Jeongseon.
  • Menjadi tempat penganjuran bagi acara alpine speed events of Downhill, Super-G, dan Combined.
  • Acara teknikal slalom dan Slalom gergasi dijadualkan di Yongpyong Resort.
  • Ia akan menampung 6,000 penonton
  • Masih dalam pembinaan dan dijadualkan siap pada Disember 2017.

Tempat Menarik Perlu Dikunjungi Di Jeongseon


Auraji River

Auraji adalah nama sebuah tasik yang berasal dari Jeongseon Arirang berasal yang juga merupakan Intangible Cultural Asset No.1 di Gangwondo. Namanya diambil dari perkataan perkataan Korea ‘어우러 지다 eoureojida,’ yang bermaksud ‘bertemu’ sebagai merujuk pertemuan dua perairan iaitu Pyeongchang dan Samcheok

Kawasan ini telah lama terkenal dengan keindahan gunung-ganang dan sungai yang bersih. Sebahagian daripada aliran Auraji iaitu Namhangang River, adalah titik permulaan terkenal rakit kayu yang mengangkut kayu balak ke Hanyang, iaitu nama asal bagi Seoul.

Terdapat bait-bait lirik dalam lagu rakyat Jeongseon Arirang yang merungkai kesedihan dan kerinduan seorang wanita yang menunggu kepulangan suaminya yang bekerja mengangkut kayu balak.Dikatakan, kesedian penantian itu menjadi inspirasi kepada penciptaan lagu tersebut.

Hari ini, ramai pelancong melawat Auraji untuk menikmati pemandangan yang indah atau untuk melihat simbol seorang pembantu rumah yang  merenung ke dalam sungai, seolah-olah menunggu kekasihnya kembali.

Lokasi : 69, Auraji-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Pengangkutan berkaitan:

  • Bas – dari Terminal Bas Jeongseon, ambil  bas tempatan ke Yeoryang dengan tambang cuma 900 won. Terdapat 10 kali perjalanan dari jam 06:10 to 17:35.

Jeongseon Arirang 5-day Market

Salah satu daripada pasar tempatan yang utama serta terkenal di Korea. Pasar ini beroperasi setiap 2, 7, 12, 17, 22, 27 haribulan setiap bulan. Di sini,  pengunjung boleh merasai suasana yang sibuk dan meriah serta berpeluang membeli hasil pertanian pada harga yang rendah. Produk khas disini adalah Goraengji iaitu sayur-sayuran yang tumbuh di kawasan pergunungan atau di dataran tinggi pada 500 ~ 700m dari aras laut.

Dan juga pada hari pasar ini beroperasi, anda berpeluang untuk menyaksikan persembahan muzikal bertajuk <Pan Arirang> di pusat Arirang. Persembahan yang dibahagikan kepada 3 bahagian itu akan menyampaikan cerita mengenai Arirang kepada anda diiringi dengan irama muzik dan menyeronokkan juga menghiburkan!

Lokasi : 58-1, Bibong-ro, Jeongseon-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Pengangkutan:

  • Bas (Dari Terminal Bas Dong Seoul Bus Terminal, ambil bas antara bandar ke Terminal Bas Jeongseon Jeongseon – Jeongseon Arirang Market ambil taksi dengan perjalanan lebih kurang 5 minit)
  • Pengangkutan : Keretapi Korail (Dari  Cheongnyangni Station- Jeongseon. Dari Jeongseon – Jeongseon Arirang Market ambil taksi dengan perjalanan lebih kurang 5 minit)

Arii Hills: Byeongbangchi Sky Walk and Zip Wire

Byeongbangchi Observatory terletak di antara Gyuram-ri dan Buksil-ri di Jeongseon-eup serta mempunyai pemandangan sekitar Bamseom Island yang bentuknya adalah seperti Semenanjung Korea dengan aliran sungai Donggang.

Byeongbangchi Skywalk  menawarkan pengalaman yang mendebarkan lagi mengujakan kerana ia memberikan rasa seolah berjalan di langit . Ianya dibina dengan menggunakan ‘tempered glass’ dengan struktur berbentuk ‘U’ (11m) yang diunjurkan dari tebing di ketinggian 583m.

Balai cerap pada ketinggian ini,  pelancong boleh melihat keindahan Pulau Bamseom dan Donggang River serta menjadikannya tempat yang menarik untuk dilawati

Tempat ini juga menjadi lokasi popular bagi rancangan hiburan Korea ‘2 days 1 night’

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah :

  • Skywalk – Waktu operasi : 09:00-18:00
    Bayaran dikenakan : Dewasa  2,000 won / Kanak-kanak 1,000 won
  • Zipwire –  Waktu operasi : 09:00-18:00
    Bayaran dikenakan : 40,000 won

Jika hanya berdiri di atas ketinggian itu, tidak mencukupi  keseronokan untuk anda. Jika anda inginkan keseronokan yang maksimum, terus saja menuju ke atas bukit untuk aktiviti zipwire itu! Regangan kira-kira 330 meter dan mencapai kelajuan 100km sejam, zipwire membuatkan anda menikmati pengalaman terbang.

LOkasi : 225, Byeongbangchi-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Pengangkutan :

  • Bas :Dari  Dong Seoul Bus Terminal → JeongseonIntercity Bus Terminal, ambil bas antara bandar.
    Ambil shuttle bus → Arii Hills Resort shuttle bus di parking lot  Arii Hills yang terletak di belakang terminal.
  • Atau, Naik sahaja teksi dari Jeongseon Intercity Bus Terminal.
    (perjalanan lebih kurang 7 minutes / 2.7 km)

Jeongseon Rail Bike

Dikategorikan sebagai aktiviti sukan yang baru atau kegiatan waktu lapang yang menggabungkan berbasikal di sepanjang laluan kereta api dan menikmati pemandangan yang indah.

Rail Bike ini terbahagi kepada dua jenis :

  • 2 orang tempat duduk (110 kg) dan
  • 4 orang tempat duduk (138 kg).

Walaupun ianya bersaiz besar, namun pergerakan rail bike ini berjalan lancar dan mudah bagi seseorang untuk mengemudi rail bike yang mempunyai 4 orang tempat duduk pada kelajuan 10-30 km/j. Aktiviti ini menggunakan peninggalan landasan keretapi, yang bermula dari stesyen Jeongseon Auraji dan berakhir di stesyen Gujeol-ri.

Jumlah trek keseluruhannya adalah sepanjang 7.2 kilometer. Disarankan anda mengayuh dengan perlahan sekitar 15kph untuk menikmati keindahan pemandangan disekitarnya. Dalam perjalanan pulang, anda akan kembali ke Gujeol-ri dengan menaiki kereta api secara percuma untuk perjalanan yang selesa dengan pemandangan menarik untuk dilihat.

Di kawasan Stesen Gujeol-ri, terdapat sebuah kafe bernama ‘A Grasshopper’s Dream’ (kereta api yang berbentuk belalang) dan kafe berbentuk ikan di Stesen Auraji.

A Grasshopper’s Dream

Lokasi : 745, Nochusan-ro, Yeoryang-myeon, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Waktu operasi :

  • * March to October 09:00 – 18:00, 5 times a day
  • * November to February 09:00 – 15:00, 4 times a day

Bayaran dikenakan : 

  • [2-seaters bike] Individual 25,000 won / Group 22,500 won
  • [4-seaters bike] Individual 35,000 won / Group 31,500 won

Pengangkutan

  • [Bas] -Terminal Bas Dong Seoul (ambil bas antara bandar) → Jeongseon Intercity Bus Terminal. (anggaran masa perjalanan: 3 jam 20 minit)
  • [Teksi] – Terminal Bas Jeongseon Intercity > ambil teksi ke railbike boarding point (Gujeol-ri Station). Anggaran masa perjalanan (40minit sejauh 26.42km).

Samtan Art Mine

Sebuah kompleks seni budaya → berubah dari sebuah lombong terbiar di kaki Gunung Hambaeksan, ( kawasan pengeluaran utama batu arang batu di Korea). Nama ‘Samtan’ merujuk kepada Samcheok Tanjwa, salah satu lombong arang batu utama di Korea, dan  ‘Art Mine’ merujuk mengenai sejarah lombong arang batu.

Terdapat banyak ruang seni budaya di seluruh negara, tetapi Samtan Art Mine menarik minat pengunjung kerana ianya terletak  di sebuah tapak lombong yang sebenar. Dibuka pada tahun 1964 dan ianya beroperasi sehingga Oktober 2001.

 

Samtan Art Mine meninggalkan makna seni lebih mendalam kerana sejarah perlombongan yang memilukan ini. Tempat bernama <Venus dari Bubble> adalah satu lokasi penggambaran drama terkenal pada 2016 ini turut menjadi lokasi pengambaran drama hit Decendants Of The Suns (Episode 12) dan juga filem ‘The Spy Undercover Operation’. Ia juga menjadi lokasi pengambaran rancangan Hiburan Running Man Episod 170 dengan barisan artis undangan seperti TOP Big Bang, YuJeong Kim dan Je Moon Yun.

Drama Hit Korea Descendants Of The Sun

Antara fasiliti yang disediakan adalah Muzium, Galeri, Multipurpose hall, Studio, Art Experience, Art Shop, Restoran dan Kafe.

Samtan Art

Pengangkutan:

  • [Bas]- Dong Seoul Bus Terminal (ambil bas antara bandar ke Gohan.Sabuk Intercity Bus Terminal > tukar ke  Nongeochon Bus untuk Sanggallae.Manhang > turun di Motgol Bus Stop dan berjalan kaki 450-466m ke Samtan Art Mine

Lokasi: 1445-44, Hambaeksan-ro, Gohan-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Masa Operasi:

  • Musim Panas (9:00-6:00)
  • Musim Sejuk (9:00-5:30)
    Nota: Tutup hari Isnin.

Tiket masuk:

  • Individu – Dewasa 13,000 won / Remaja 13,000 won/ Kanak-kanak & Warga Tua (umur 65 ke atas) 13,000 won
  • Kumpulan – Dewasa 12,000 won / Remaja 11,000 won / Kanak-kanak & Warga Tua (umur 65 ke atas) 10,000 won
loading...