Dapatkan barangan BTS serta pelbagai promosi menarik di ‘Seoul Culture Showroom’ di MyTown, KL hujung minggu ini!

Berita baik buat peminat K-Pop khususnya ARMY Malaysia (kelab peminat BTS). Anda berpeluang untuk mendapatkan barangan istimewa idola anda di ‘Seoul Culture Showroom‘ yang akan berlangsung di East Atrium, MyTOWN Shopping Center, Kuala Lumpur bermula 20 – 22 September.

Baca juga : [Info] Jom memeriahkan ‘Seoul Culture Showroom di Kuala Lumpur’ pada 20-22 September ini!

Untuk kali ketiga berturut-turut, BTS telah dipilih sebagai Duta Pelancongan Kehormat Seoul. Hebat betul penangan populariti dan pencapai BTS di seluruh dunia sehingga masih lagi dikekalkan sebagai duta pelancongan.

Dengan ini, peminat ARMY Malaysia dan para pencinta kpop, tidak hanya dapat menikmati sekilas kepelbagaian budaya Seoul yang ditawarkan tetapi juga berpeluang mendapatkan barangan BTS x Seoul Tourism Organization yang luar biasa untuk di bawa pulang, dengan mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti menarik sepanjang  ‘Seoul Culture Showroom di Kuala Lumpur’ berlangsung.

Antara program yang akan berlangsung adalah pelancaran kempen interaktif global “Live Seoul “Live Seoul like I do, Create & Share”. Selain itu,  7 video promosi pelancongan mengenai keindahan ‘Visit Seoul’ yang dibintangi oleh BTS akan turut dipertontonkan kepada rakyat Malaysia. Video-video tersebut telahpun dilancarkan di Channel rasmi Youtube ‘Seoul Tourism Organization’ pada 13 September lepas. Kepada yang merancang untuk melancong ke Seoul pula, ini peluang terbaik kerana pelbagai promosi menarik ditawarkan kepada pengunjung selama tiga hari ini. Kepada pelancong beragama Islam, jangan risau ‘Seoul Showroom’ ini juga menyediakan maklumat tentang tempat makanan yang halal serta tempat bersolat.

Cenderamata dari Korea pula boleh ditebus dengan melanggan laman sosial STO.(www.visitseoul.netwww.instagram.com/visitseoul_officialwww.youtube.com/visitseoul).

Pengunjung berpeluang membuat buku panduan mereka sendiri mengenai tempat tarikan pelancongan utama dan makanan tempatan yang lazat di Seoul. di zon “My Curating Seoul”

Jadi, jangan lepaskan peluang ini kerana pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Yang paling menarik tentulah freebies BTS, selain dapat merasai makanan Korea dan memakai pakaian tradisionak Korea, Hanbok.

loading...