Lee Min Ho akan meninggalkan kita May ini

Pelakon kacak bergaya ini, Lee Min Ho akan menyertai khidmat tentera negara sebagai pekerja sosial dan akan melaporkan diri bermula pada 12 Mei di pejabat kepolisan Gangnam-gu, Seoul.

Lee Min Ho yang turut dikenali sebagai ‘min ha wau’ oleh segelintir peminatnya di Malaysia,  pernah menjalani pembedahan meletakkan besi sokongan di bahagian peha dan buku lalinya akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun 2006. Pada tahun 2011, beliau sekali lagi mengalami kemalangan. Atas sebab ini, Lee Min Ho diberi kelonggaran sebagai menunaikan kewajipannya selaku rakyat Korea Selatan.

Lee Min Ho telah mencetuskan fenomena pada akhir tahun 2016 melalui lakonannya yang sangat memukau dalam SBS Legend of Blue Sea, dan pernah menerima penghargaan “Popular Actor” dalam CARI Kdrama Awards menerusi drama SBS Heirs.

Sumber: sport chosun

loading...