Netizen tak puas tatap foto Yoo Seung Ho main sukan ekstrem bermotor tanpa mekap

Yoo Seung Ho dikenali sebagai pelakon yang sentiasa menjaga penampilannya sejak menceburi dunia hiburan semasa kecil lagi. Siapa sangka aktor yang pernah tercalon Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards dan acapkali melakonkan watak-watak linangan air mata ini mempunyai wajah yang menawan mata memandang walaupun tanpa mekap di sini.

Sebelum mengadakan sesi pertemuan bersama peminat, Yoo Seung Ho mengikuti rakannya bermain sukan ekstrem bermotor, Enduro untuk menghilangkan stress. Sebaik saja dimuatnaik gambar-gambar bermain motor Enduro di laman instagram miliknya, ramai netizen memintanya kerap menghadiahkan gambar lagi kepada mereka. Maka, Yoo Seung Ho pun menaikkan gambar swafotonya dengan terlihatnya kesan jambang dan misai yang baru dicukur.

Sehubungan itu, segelintir netizen terutamanya dari negara seberang Malaysia kemudian meminta Yoo Seung Ho mengekalkan kumisnya. Bagi mereka, ia kelihatan lebih tampan dan menyerlahkan kelakiannya. Manakala, netizen Korea pula memujinya dan mengatakan Yoo Seung Ho tampak lebih maskulin tanpa mekap di sisi.

Yoo Seung Ho baru saja membintangi drama SBS My Strange Hero pada sekitar Februari lalu dan sedang mempertimbangkan projek drama seterusnya. Beliau tak terikat dengan latihan ketenteraan yang lazimnya berlaku pada mereka yang berusia mencecah 30-an kerana telah pun menjalani program marin beberapa tahun lalu.

Sumber : instagram Yoo Seung Ho , enews24

loading...