Roy Kim, atau Kim Sang Woo akan didakwa esok setelah polis menemui bukti jelas Roy Kim bersubahat menyebarkan video seks rakaman Jung Joon Young untuk perkongsian bersama orang lain.
Menurut Jabatan Polis Seoul Metropolitan pada 9 April tadi, Roy Kim akan menahan Roy Kim sebagai suspek mulai esok. Sebelum ini, Roy Kim hanya diminta untuk membantu siasatan polis samada beliau pernah atau tidak menyebarkan video atau gambar-gambar lucah mangsa untuk tatapan orang lain. Tetapi, selepas bukti di mana bahan lucah itu berjaya perolehi oleh polis selain penangkapan Jung Joon Young dan pekerja kelab Burning Sun, Kim Mo tempoh hari, polis telah meletakkan Roy Kim sebagai suspek dan bukan lagi saksi.
Roy Kim yang sedang menyambung pelajaran di Georgetown University, Amerika Syarikat telah tiba ke lapangan terbang Incheon, Korea Selatan dinihari semalam secara senyap-senyap sekitar jam 4.30 pagi menggunakan Korean Air KE086.
Sumber: sport seoul