Pihak produksi telah berjaya mendapatkan Moon Geun Yong untuk membintangi drama tvN ‘Catch a Ghost’ untuk tayangan Ogos 2019 ini manakala Kim Sun Ho pula masih mempertimbangkan tawaran lakonan berkenaan.
tvN ‘Catch a Ghost’ berkisarkan tentang polis ‘intern’ yang selalu cuai dalam menjalankan tugas, iaitu Yoo Ryung tapi tetap dilindungi baik oleh ketua jabatan polis di tempat kerjanya, balai polis Wangshimni kerana percaya Yoo Ryung mempunyai asas kuat untuk menyelesaikan kes-kes kriminal dengan kemahirannya sendiri. Moon Geun Young sebagai Yoo Ryung, seorang yang mempunyai kuasa psikik kerana boleh mengagak sesuatu yang bahaya menanti. Yoo Ryung memiliki seorang adik yang mengalami autism, dan kehilangannya telah memaksa Yoo Ryung untuk mencarinya dengan begitu tekad.
Yoo Ryung akan bekerjasama dengan polis detektif senior lakonan Kim Sun Ho. Kim Sun Ho akan memainkan watak detektif yang telah tiga tahun berkhidmat dengan jabatan polis Wangshimni, mula bangkit semula setelah melihat begitu terujanya Yoo Ryung mengendalikan tugasnya. Sebelum ini, dia ketinggalan kerana asyik dihimpit dengan kesusahan menjaga ibu yang mengalami penyakit nyanyuk dan selalu berhadapan dengan SOP yang menyusahkan supaya dapat menangkap pesalah dengan segera.
Ini merupakan drama pertama Moon Geun Young selepas SBS The Village: Achiara’s Secret yang menyaksikan beliau terpaksa berehat hampir dua tahun kerana mengalami sindrom konparmen akut pada tisu badannya manakala drama terbaru Kim Sun Ho setelah mempersembahkan lakonan mengujakan di dalam jtbc Welcome to Wakikiki 2 dan MBC Two Cops. Drama ini merupakan projek di bawah arahan PD Shin Yoon Seob (“SBS Rooftop Prince”,”SBS Please, Come Back Mister”) dan karangan penulis skrip So Won dan Lee Young Jo.