[Gempar] Tak serik-serik, Kim Hyung Jun SS501 dituduh pula memperkosa seorang gadis pada tahun 2010

Semalam, Kim Hyung Jun dituduh memperkosa seorang gadis pada tahun 2010. Menyebut laporan oleh buletin utama SBS 8 o’clock, mangsa, B telah membuat aduan itu kepada pihak polis pada 25 haribulan lalu bahawa dia diperkosa oleh penyanyi A (kemudian identitinya diklasifikasikan sebagai Kim Hyung Jun) sekitar bulan Mei 2010 di rumahnya bertempat di Ilsan.

B mendakwa penyanyi A, pulang dalam keadaan mabuk lalu menarik tubuhnya untuk melakukan seks. B juga mendakwa dia pernah menghubungi penyanyi A supaya penyanyi tersebut menghulurkan permohonan maaf tetapi gagal dan dia akhirnya terpaksa menjalani rawatan psikiatrik bagi memulihkan trauma yang dihadapinya.

Sementara itu, Kim Hyung Jun menerusi agensinya, mengaku bahawa mereka pernah melakukan seks bersama tapi bukan secara paksaan.

“Ya, kami pernah bermain seks, tapi ia atas kerelaan dan bukannya paksaan. Saya akan menemui polis untuk siasatan sebaik saja saya selesai menyiapkan kerja di luar negara ini.”

Menurut Kim Hyung Jun, beliau mempunyai rakan meneguk arak bersama yang bekerja sebagai penyambut tetamu pada tahun 2010. Kim Hyung Jun mendakwa pengadu mahu mendapatkan rumahnya sebagai penyelesaian kepada tuntutannya itu.

Sumber: OSEN , sport seoulhankookilbo

Nota makluman ringkas / Ralat : Kmania tersilap menamakan rakan sekumpulan Kim Hyung Jun di dalam SS501, Kim Hyun Joong di dalam artikel sebelum ini walaupun bersandarkan sumber yang sama. Segala kesulitan amat dikesali. Mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

loading...