MakeUs & YG batalkan kontrak Jun Joon Young & Seungri serentak hari ini

Disebabkan kontroversi penglibatan Seungri sebagai bapa ayam di dalam perkongsian’chatroom’ bersama Jun Joon Young, Agensi YG telah membuat ketetapan untuk membatalkan kontrak ekslusifnya bersama Seungri seperti dipintanya kelmarin berkuatkuasa hari ini.

Hi, ini YG Entertainment.

Kami menundukkan kepala untuk memohon maaf kerana membuatkan ramai berasa bimbang di atas kontroversi melibatkan Seungri sebagai penasihat kelab Burning Sun.

YG menerima pengumuman persaraan daripada Seungri bertarikh 12 Mac dan bersetuju untuk membatalkan kontrak kami bersama.

Sebagai agensi, kami mengaku kegagalan kami menguruskan artis-artis jagaan kami secara tegas.

Akhirnya, YG mengakui kepentingan untuk merombak kembali struktur kepimpinan, dan bekerja bersama-sama bagi memastikan ianya terjadi.

Sementara itu, MakeUS Entertainment turut mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak Jun Joon Young tanpa kompromi.

Hello, ini MAKEUS Entertainment.

Ini kenyataan mengenai Jun Joon Young.

Semalam, Jung Joon Young menghantar kenyataan permohonan maaf terhadap kami, dan kami sampaikan kenyataan Jung Joon Young tanpa sebarang perubahan.

Hasilnya, kami bersetuju untuk menamatkan kontrak bersama yang ditandatangani pada Jan 2019 menerusi Label M, berkuatkuasa pada 13 Mac 2019.

Kami berasa kesal atas penglibatan artis di bawah jagaan kami dan berharap Jun Joon Young dapat berkerjasama dengan pihak polis dan dibicarakan di mahkamah seperti termaktub dalam kenyataannya semalam.

Sekali lagi, kami memohon maaf.

 

Sumber: news1 , newsen

loading...