Lee Sun Kyun dan Jung Ryeo Won masing-masing menerima pencalonan Best Actor dan Best Actress CARI Kdrama Awards atas lakonan yang mengujakan untuk drama tvN My Mister dan KBS Witch Court. Ia sesuatu berita gembira buat peminat drama korea kerana dapat menyaksikan mereka digandingkan bersama di dalam satu drama berjudul ‘Civil War Inspection’ terbitan cenel jtbc.
jtbc ‘Civil War Inspection’ merupakan adaptasi daripada gugusan esei yang ditulis oleh seorang pendakwaraya bernama Kim Woong berdasarkan pengalaman bekerjanya selama 18 tahun di bawah institusi kerajaan, Jabatan Pendakwaraya Korea sejak tahun 2000 di mana beliau mengendalikan kes-kes terpencil yang diserahkan oleh pihak polis setiap hari. Nukilan ini mungkin lain daripada kebiasaan drama korea yang sering memaparkan kisah pendakwaan melibatkan pegawai tertinggi kerajaan, politikus, ataupun syarikat-syarikat besar. Lee Sun Kyun bakal memegang watak sebagai pendakwaraya tersebut didukungi oleh Jung Ryeo Won dengan tawaran watak yang dijelaskan secara lanjut.
Sebelum ini, cenel jtbc pernah memaparkan kisah benar yang diadaptasikan ke dalam drama bersiri ‘Miss Hammurabbi’ berdasarkan tulisan bekas hakim bernama Moon Yoo Sik. Tiada maklumat lanjut tentang pengarah (PD) yang ditugaskan. jtbc ‘Civil War Inspection’ dicadangkan selepas pertengahan tahun 2019.
Sumber: OSEN, xsportnews