Sejak akhir-akhir ini kita dapat saksikan budaya menghantar trak kopi dalam kalangan artis-artis Korea. Ianya diberikan sebagai hadiah dan motivasi untuk meneruskan rakaman. Menariknya ianya mungkin dihadiahkan di kalangan artis “junior” dan “senior”, bekas rakan sedrama ataupun kawan rapat.
Sebenarnya hadiah trak kopi ini bermula dari hadiah peminat kepada pelakon di set drama untuk memberi sokongan dan meminta krew produksi memberikan layanan yang baik pada selebriti kesayangan. Namun ianya tidak tertakluk pada drama sahaja . Contohnya Sukjin dari Running Man juga turut menerima trak kopi dari peminat-peminat tanah besar China sempena hari lahirnya:
https://www.instagram.com/p/BtuTWmmBj_S/
Lee Jong Suk pula menerima kejutan dari bekas rakan sedrama Jung Hae In yang turut berlakon dengannya di dalam ” While Your Were Sleeping”. Lee Jong Suk menerima kejutan ini di set ” Romance Is A Bonus Book”. Bukan sahaja Jung Hae In, Yoon Kyun Sang turut juga menghantar traknya sendiri. Mereka berdua memang rapat selepas berlakon bersama di dalam “Pinnochio”. Untung sungguh krew ” Romance is A Bonus Book”
Manakala 2PM Junho ialah “sunbaenim ” satu syarikat kepada Got7 Jinyoung. Jinyoung mengucapkan terima kasih kepada Junho atas kejutan trak kopi yang diterimanya .Kedua-duanya bakal muncul di dalam drama terbitan TVN iaitu “Confession” dan ” He is Pyschometric” Mac ini. Jinyoung juga turut menerima trak kopi dari ahli Got7 iaitu Jackson.
Budaya trak kopi menunjukkan ini menunjukkan semangat setiakawan antara mereka. Para pelakon terpaksa melalui rakaman yang panjang dan meletihkan. Secawan kopi panas boleh menyegarkan badan tambahan lagi jika ianya diadakan pada waktu musim sejuk seperti sekarang.