Pelakon veteran yang baru dinobatkan Best Supporting Actor 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini, Heo Joon Ho telah bersetuju untuk membintangi drama tvN “Designated Survivor” yang diadaptasikan daripada drama popular terbitan ABC dengan judul yang sama sebagai bekas setiausaha yang mempunyai personaliti yang jujur.
Turut sama mengikuti beliau ialah Kim Gyu Ri, Son Seok Gu, dan Choi Yoon Young. Son Seok Gu akan memegang watak sebagai Ketua Setiausaha Negara (“Chief of Staff”) yakni watak adaptasi kepada Aaron Shore, yang akan setia di bawah pimpinan presiden baru lakonan Ji Jin Hee. Manakala, Kim Gyu Ri dan Choi Yoo Young masing-masing untuk watak tertentu yang tak dijelaskan lebih lanjut.
Dari kiri: Heo Joon Ho, Kim Gyu Ri, Seo Suk Gu & Choi Yoon Young.
Ji Jin Hee dan Kang Hanna sebelum ini telah ditawarkan masing-masing sebagai watak utama ‘Tom Kirkman’ dan ‘Alex Kirman’ versi Korea atau setiausaha politik beliau. Park Moo Jin, yang diolahkan daripada watak siri asal ‘Tom Kirkman’ ialah seorang bekas professor Kimia yang dilantik memegang tampuk Kementerian Alam Sekitar. Beliau tak mempunyai sebarang angan-angan untuk menjadi ahli politik, malah untuk menjadi pemimpin sebuah parti politik sekalipun. Namun, kejadian tak terduga berlaku apabila suatu letupan telah mengakibatkan ramai mati termasuklah presiden yang sedang menyampaikan ucapannya pada masa itu. Hanya Park Woo Jin yang terselamat dan beliau didesak untuk memangku jawatan presiden buat sementara selama 60 hari mengikut perlembagaan negara. Dalam masa yang sama, beliau juga perlu menyiasat punca dan mencari dalang tersebut sehingga ke lubang cacing.
tvN “Designated Survivor” bakal ditulis oleh Kim Tae Hee yang pernah mendapat pencalonan Best Scriptwriter CARI Kdrama Awards untuk drama KBS Beautiful Mind dan juga bakal diarahkan oleh PD tvN What’s Wrong With Secretary Kim, Yoo Jon Sun. Ia akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2019.
Sumber: xsportnews1 , xportsnews2 , xsportnews3 , vop