Berdasarkan laporan pihak media mengenai aktiviti mantan ahli Wanna One sebelum ini, Park Ji Hoon tampaknya telah ke hadapan sedikit apabila mengambil keputusan untuk membuat penggambaran muzik video nya bagi solo debut yang akan dilancarkan pada Mac 2019.
Ia adalah sesuatu kejutan memandangkan Park Ji Hoon tak memaklumkan pihak media secara langsung tentang solo debutnya. Malah, solo debutnya ini akan disusuli dengan album EP yang lengkap dengan berbagai-bagai genre muzik. Menurut sidang media diadakan sebentar tadi, Park Ji Hoon akan terbang ke Prague pada 23 Februari ini untuk membikin muzik video (MV) terbaru.
Serentak dengan perkembangan itu, ramai netizen berharap bahawa buah tangannya itu dapat mengubat rindu mereka terhadap Wanna One yang telah terbubar pada akhir Dec 2018. Yoon Ji Sung akan mengeluarkan solo debutnya terlebih dahulu, diikuti dengan Park Ji Hoon, Hwang Minyun (bersama NUEST) , Kang Daniel dan Ha Sung Woon.
Selain itu, Park Ji Hoon juga sedang sibuk mengadakan pertemuan bersama peminat di beberapa negara di Asia (tak termasuk Malaysia) bermula Mac 2019. Konsert bersama peminat di Seoul lepas dihadiri lebih 2000 orang dengan menyaksikan Park Ji Hoon pertama kali mendedahkan tubuhnya secara terbuka.