Park Hyung Soo umum berkahwin dengan gadis pilihan

Mungkin ramai tak mengenalinya kerana jarang membintangi drama-drama korea kerana kebanyakan kerjanya ditumpukan di layar perak. Pelakon berusia 30-an ini pernah membintangi drama tvN Prison Playbook (dinobatkan Drama of The Year 7th CARI Kdrama Awards) sebagai ketua warden penjara yang agak tegas tapi dari sisi lain, seorang yang suka mengambil kesempatan di atas populariti dikecapi banduan merangkap bekas pemain besbol lakonan Park Hae Soo di dalam drama tersebut.

Park Kyung Soo di dalam tvN Prison Playbook.

Park Kyung Soo dikhabarkan akan menikahi gadis pilihannya yang bukan daripada golongan selebriti dalam satu majlis perkahwinan yang dijangka diadakan pada 6 April 2019 nanti. Beliau pernah memberikan sedikit klu tentang bakal isterinya di dalam temu bual lalu, “Ada beberapa orang yang saya temui. Tapi seseorang itu sangat ‘special’.” Media turut dimaklumkan bahawa mereka telah berbincang tentang majlis perkahwinan diadakan dalam masa terdekat sejak tahun lepas lagi.

Tahniah diucapkan daripada pihak kmania!

Sumber: sport khan

loading...