Oh Yeon Seo & Kim Bum akhirnya berpisah; memilih untuk ‘friendzone’

Tak semua hubungan cinta berakhir dengan penderitaan, tapi tidak buat pasangan comel, Kim Bum dan Oh Yeon Seo yang memilih untuk kekal sebagai kawan setelah mengambil tempoh masa hampir sepuluh bulan bagi mengenali diri masing-masing.

Kedua-dua agensi yang mewakili Kim Bum dan Oh Yeon Seo, masing-masing menerusi King Kong oleh Starship dan Celltrion, mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kedua-duanya telah pun berpisah sejak akhir tahun 2018.

Puncanya tak dapat dikenalpasti oleh pihak media kerana ia melibatkan privasi hidup Kim Bum, dan wakil agensi itu turut mengesahkannya setelah mendengarnya sendiri daripada aktor tersebut.

Kim Bum dan Oh Yeon Seo mula menjalin hubungan cinta selepas menghabiskan drama tvN Hwayugi, dan berita hubungan mereka dilaporkan media pada Mac 2018. Kim Bum kini sedang menjalani latihan khidmat negara sebagai pekerja sosial sejak 26 April 2018 setelah diberikan kelonggaran oleh pihak tentera atas penyakit genetik yang dialaminya, manakala Oh Yeon Seo pula sedang mencari-cari projek drama baru.

Sumber: OSEN

loading...