Solji EXID kembali menggegarkan dunia kpop selepas dua tahun berehat

Solji dari kumpulan EXID akhirnya kembali dalam dunia industri korea setelah hampir dua tahun berehat. Solji yang merupakan vokal utama kumpulan idol EXID  kembali buat pertama kalinya di dalam rancangan King Of Mask Singer.  Dalam rancangan tersebut Solji mengenakan topeng Dongmakgol Girl yang diiringi suara yang begitu lunak, akhirnya berjaya mengubat kerinduan peminat. Solji juga mengesahkan bahawa dia berada di dalam keadaan yang baik dan akan bersama-sama menyertai sesi jelajah album EXID yang akan dilancarkan di Jepun pada musim panas.

Perkara tersebut juga telah disahkan oleh pengurus agensi Banana Culture Entertainment, “Kami tidak mempunyai tarikh yang tepat bagi kemunculan semula EXID, namun apa yang pasti mereka akan berlima akan menyertai kesemua aktiviti EXID bagi tahun 2018′. Solji juga turut memuatnaik kapsyen di laman instagram nya dengan berkata , “Saya bersyukur kerana kita akan bersama pada waktu akan datang dan saya akan melakukan yang terbaik”

Solji yang terpaksa direhatkan bermula Disember 2016 setelah disahkan menghidapi penyakit hyperthyroism, kini kembali mewarnai industri kpop. Pasti ramai menantikan kemunculan Solji dan ahli EXID yang lain, jadi sama-sama kita nantikan kemunculan mereka.

Sumber:  naver

 

loading...