90 Peserta Dari Seluruh Korea Akan Bersaing Untuk Membuktikan Mereka Layak Menjadi Juara Dalam Siri Realiti Terbaru Ini
Pada 21 November ini, akhiri tahun dengan satu “knockout” apabila I Am Boxer – siri pertandingan tinju baharu daripada bintang Eternals, Don Lee, dan pembuat siri Physical: 100 – akan ditayangkan di Disney+.
Siri realiti yang penuh aksi ini akan mengikuti 90 peserta tinju dari pelbagai usia dan kategori berat ketika mereka bersaing melalui pelbagai cabaran untuk menjadi ikon tinju Korea yang seterusnya. Menampilkan pelbagai selebriti Korea, pelawak, peminat tinju amatur, dan ramai lagi, siri ini juga akan menampilkan penampilan khas daripada beberapa nama besar dalam dunia sukan tinju.

Dihasilkan oleh CJ ENM, I Am Boxer menampilkan Don Lee (Eternals, Train to Busan, Twelve), Dex (The Zone: Survival Mission 3, Single’s Inferno), dan Kim Jong-kook (Running Man) sebagai hos siri ini. Skrip siri ini ditulis oleh Kang Suk-kyung, salah seorang kreatif di sebalik siri popular Physical: 100, dan diterbitkan oleh Lee Won-woong, pengarah siri realiti survival tentera Steel Troops.
Peminat rancangan varieti Korea kini boleh mendaftar di Disney+ untuk menikmati pelbagai rancangan termasuk The Zone: Survival Mission dan Are You Sure?! yang menampilkan Jimin dan Jung Kook daripada BTS, serta pelbagai rancangan varieti harian yang bergilir-gilir seperti Anchovy Physical Camp, 60 Minutes to Love, Belly Showdown, YOO Got a Minute, Chef’s Go-To dan banyak lagi.
Saksikan I Am Boxer bermula 21 November di Disney+.. Sebelum itu, saksikan trailer I Am Boxer di bawah:
