Dengan makanan, muzik, drama dan selebriti Korea terus menduduki carta sebagai antara rujukan budaya pop paling hangat diperkatakan di dunia, Disney+ Hotstar membawakan penonton “dos harian” hiburan Korea dengan lima rancangan baharu setiap minggu, yang akan mula ditayangkan dari Jumaat hingga Selasa bermula 22 Ogos.
Meliputi pelbagai tema — daripada janji temu pantas, cabaran makanan, kecergasan, tabiat membeli-belah selebriti dan banyak lagi — setiap rancangan berdurasi kira-kira 25 minit ini dijamin cukup untuk memuaskan “craving” penonton terhadap hiburan Korea.
Bermula 22 Ogos, penonton boleh menikmati:
1. Anchovy Physical Camp
-
Setiap Jumaat mulai 22 Ogos. Menampilkan selebriti Korea yang kurang aktif, bersaing dalam pelbagai cabaran kecergasan lucu dengan semangat kental (dan bakat fizikal yang minima!).
2. 60 Minutes to Love
-
Setiap Sabtu mulai 23 Ogos. Mengikuti bintang Running Man, dalam misi mencari cinta sejati. Sepanjang 20 episod, Ji Yeeun akan menjalani janji temu pantas berdurasi 60 minit bersama lelaki berpersonaliti berbeza.
3. Belly Showdown
-
Setiap Ahad mulai 24 Ogos. Enam personaliti bersaing dalam cabaran makanan berkalori tinggi penuh gelak tawa, memanfaatkan selera makan luar biasa mereka untuk menewaskan lawan.
4. YOO Got a Minute?
-
Setiap Isnin mulai 25 Ogos. Siri ini dibahagikan kepada dua bahagian: 10 minggu pertama menampilkan Why Did I Buy It oleh Yoo Byungjae (judul baharu: You Bought What?!) yang membongkar tabiat membeli-belah pelik selebriti. Minggu ke-11 hingga ke-20 pula bertukar ke The Quiet Interview, konsep temu bual kelakar di mana tetamu cuba menahan gelak — peraturan utama: jika ketawa, temu bual tamat!
5. Chef’s Go-To
-
Setiap Selasa mulai 26 Ogos. Ikuti chef terkenal Korea meneroka kedai makan tersembunyi dan lokasi unik kegemaran mereka, sambil mencari hidangan yang bakal menjadi pengalaman makan paling berharga anda. Menariknya, rancangan ini turut menampilkan Yoon Doo-joon, bintang “tidak terganti” dengan kemahiran memasak dan “muk skills” yang mampu membangkitkan selera penonton, sambil memancarkan pesona mesra dan santai yang menjadikannya seperti “teman makan” kepada penonton.
Kesemua rancangan ini mempunyai 20 episod dan akan ditayangkan sehingga hujung tahun. Pelancaran lima rancangan ini menjadi tambahan terkini dalam rangkaian kandungan Korea hebat di Disney+ Hotstar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Sepanjang tahun 2025 sahaja, penonton telah dibawa ke dunia misteri dan pembunuhan dalam siri Korea paling banyak ditonton tahun ini, Nine Puzzles; merasai debaran bilik pembedahan dalam Hyper Knife; dan baru-baru ini mengembara ke Korea era 70-an yang penuh pengkhianatan dan harta karun dalam Low Life.
Dapatkan dos harian K-Variety anda bermula 22 Ogos di Disney+ Hotstar!