4 sebab kenapa korang kena tonton ‘Buried Hearts’

“Buried Hearts’ adalah Drama misteri thiller terbaru yang sedang ditayangkan di Disney+ Hotstar Malaysia. Jalan cerita yang sangat dinamik dan tegang serta barisan pelakon yang hebat pastinya membuatkan para peminat drama tidak boleh melepaskan peluang untuk tonton drama ini. Siri ini telah pula bersiaran pada 21 Februari yang lalu. Jika anda masih lagi mencari cerita yang dapat mencengkam anda, ‘Buried Hearts’ adalah pilihan yang agak tepat.

“Buried Hearts” mengisahkan seorang lelaki yang berjaya menggodam akaun dana gelap politik bernilai 2 trilion won (lebih kurang $1.4 bilion) dan seorang lagi lelaki yang cuba untuk membunuhnya tanpa menyedari bahawa akaun itu telah digodam—secara tidak sengaja menyebabkan kehilangan keseluruhan 2 trilion won.

Baca juga : [Drama Review] ‘Buried Hearts’: Dendam, Kuasa, dan Rahsia yang Menegangkan

Berikut adalah empat perkara menarik yang perlu diperhatikan:

1. Transformasi Lakonan Berani Park Hyung Sik

Dikenali dengan watak yang penyayang dan penuh pertimbangan dalam projek sebelum ini, Park Hyung Sik kembali dengan watak seorang lelaki bercita-cita tinggi yang didorong oleh keinginan kuat untuk naik lebih tinggi. Untuk menghidupkan wataknya sebagai Seo Dong Ju, Park Hyung Sik telah mengubah penampilannya serta mempertajam pandangannya. Dedikasi luar biasa ini menjanjikan pengalaman yang segar dan mendebarkan buat peminat serta penonton. Transformasi Park Hyung-sik sebagai Seo Dong-joo adalah menakjubkan. Dalam drama ini, dia menggambarkan seorang lelaki yang lebih matang dan maskulin, penuh dengan ketegasan dan karisma.

2. Persaingan Sengit Antara Park Hyung Sik & Heo Joon Ho

Dalam drama ini, Seo Dongju dan Yum Jang Sun (lakonan Heo Joon Ho) terperangkap dalam konfrontasi sengit, mempertaruhkan nyawa dan kekayaan masing-masing. Dengan Park Hyung-sik dalam sisi gelap yang sukar dijangka antara baik dan jahat, serta Heo Jun-ho sebagai perancang utama di sebalik segalanya, hubungan mereka ibarat ‘siapa yang tidak menjatuhkan, akan dijatuhkan’. Gandingan dua generasi ini dijangka akan mencetuskan ketegangan dan mendominasi skrin!

3. Menyingkap Nafsu & Keinginan Melalui Persembahan Hebat

Selain Park Hyung Sik dan Heo Joon Ho, watak lain seperti Heo Il Do (lakonan Lee Hae Young) dan Yeo Eun Nam (lakonan Hong Hwa Yeon) turut mempamerkan keghairahan dalam mengejar kepentingan peribadi. Dengan lakonan mantap daripada barisan pelakon berbakat, penonton bakal dibawa ke dalam dunia penuh cita-cita dan ketamakan yang mendebarkan. Sejauh mana keinginan serta manipulasi watak-watak ini boleh pergi? Drama ini pasti membuatkan penonton terkesima dengan permainan kuasa dan helah mereka!

Bagaimana pula dengan Seo Dong Joo dan Yeo Eun Nam? Adakah mereka juga terperangkap antara cinta dan cita-cita sendiri? Sampai ke mana mereka sanggup mengorbankan perasaan demi impian masing-masing?

4. Pasukan Produksi Impian

“Buried Hearts” diterajui oleh Jin Chang Gyu, yang sebelum ini mengarahkan “Military Prosecutor Doberman”, serta ditulis oleh Lee Myung Hee, penulis skrip “Money Flower” yang terkenal dengan kepakarannya dalam mengangkat tema wang, kuasa, keinginan, dendam, dan cinta. Gabungan ini dijangka melahirkan naratif yang mendalam dengan arahan yang moden dan dinamik, mencipta episod yang penuh kejutan dan membuatkan penonton tidak sabar menantikannya.

Saksikan episode berikutnya ‘Buried Hearts’ pada 28 Februari ini di Disney+ Hotstar.

Sumber : 1