Shin Hye Sun alami pelbagai dimensi cinta dengan Lee Jin Wook dan Kang Hoon dalam pratonton ‘Dear Hyeri’

Drama romantik akan datang “Dear Hyeri” telah mengeluarkan teaser baru yang penuh emosi dan mendebarkan hati! Siri ini dibintangi oleh Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon dan Jo Hye Joo.

“Dear Hyeri” adalah drama romantik penyembuhan yang mengisahkan Joo Eun Ho (Shin Hye Sun), seorang penyampai berita yang mengalami gangguan identiti disosiatif selepas kehilangan adik bongsunya dan perpisahan dengan teman lelaki lamanya, Hyun Oh (Lee Jin Wook).

Shin Hye Sun berdepan cabaran memerankan dua watak yang sangat berbeza: Joo Eun Ho yang tenang dan Joo Hye Ri yang bertenaga. Joo Eun Ho ialah seorang wartawan berita yang berpengalaman selama 14 tahun, terkenal dengan kehadirannya yang sederhana dan sikapnya yang tajam. Dia kelihatan tekun memeriksa skrip semasa bersedia untuk penyiaran berita. Dengan mengenakan suit yang tajam, solekan yang kemas, dan senyuman yang tenang serta mesra, Joo Eun Ho menggambarkan sikap profesional seorang wartawan berpengalaman di hadapan kamera.

Walaupun sering menerima kritikan daripada bosnya, dia tetap bertekad dan terus mempertahankan pendiriannya. Dengan pengalaman 14 tahun sebagai wartawan, dia tidak pernah bersiaran solo lebih dari 14 minit. Kesungguhannya jelas kelihatan apabila dia bekerja pada hujung minggu untuk mendapatkan laporan eksklusif. Perubahan besar bagi Joo Eun Ho dalam drama ini adalah perpisahannya dengan Jung Hyun Oh, serta luka emosional akibat masalah keluarga. Drama ini meneroka perasaan Joo Eun Ho ketika dia melihat kejayaan Jung Hyun Oh sementara dia berjuang dengan cabaran peribadinya sendiri.

Manakala Joo Hye Ri adalah lambang sikap positif dan seorang yang ceria. Dia merupakan seorang pelajar biasiswa yang bercita-cita untuk kehidupan yang lebih baik. Hubungan menarik antara Joo Eun Ho dan Joo Hye Ri, ditambah dengan misteri di sebalik identiti sebenar Joo Eun Ho, semakin membangkitkan keterujaan terhadap drama ini.

Jung Hyun Oh lakonan Lee Jin Wook adalah penyampai berita teratas yang tiada pesaing. Dalam tempoh hanya setahun di bilik berita, dia telah mendapatkan kepercayaan penuh syarikat dengan mendedahkan berita eksklusif yang sukar ditemui oleh wartawan veteran sekalipun.

Jung Hyun Oh memancarkan imej lelaki ideal. Sebagai wajah yang dipercayai oleh PPS Broadcasting dan bintang utama di jabatan penyampaian berita, senyumannya yang menawan dan tenang menggambarkan kedudukannya. Terdapat gurauan bahawa presiden PPS tidak dapat melakukan apa yang Jung Hyun Oh boleh capai hanya dengan satu kata, menunjukkan pengaruhnya yang kuat. Dia bukan sahaja tampan tetapi juga sangat berbakat, menjadikannya figura yang sempurna.

Walaupun Jung Hyun Oh bersikap murah hati dan baik hati dengan semua orang, dia bersikap dingin terhadap bekas kekasihnya dan rakan sekerja, Joo Eun Ho yang telah menjalinkan hubungan selama lapan tahun. Drama ini meneroka sebab-sebab di sebalik perpisahan mereka selepas lapan tahun, menggali kerumitan hubungan mereka yang penuh liku.

Kang Hoon membawakan watak Kang Joo Yeon, seorang penyampai berita di Media N Seoul. Kang Joo Yeon, yang mendapat pendidikan awal di sekolah lelaki sebelum menyertai akademi ketenteraan dan seorang yang tidak mempunyai pengalaman dalam percintaan.

Biarpun merupakan graduan akademi tentera, Kang Joo Yeon memilih untuk menjadi penyampai berita, jadi ramai yang ingin mengetahui misteri disebalik keputusannya.  Namun begitu, penampilannya yang kemas dalam suit hitam, memiliki imej yang agak sinis dan sempurna menonjolkan statusnya sebagai penyampai berita.

Walaupun Kang Joo Yeon biasanya menunjukkan sikap tegas, dia menunjukkan sisi yang lebih lembut apabila Joo Hye Ri muncul dalam hidupnya. Kehadiran Joo Hye Ri menggugat rutin hariannya dan memperkenalkannya kepada pengalaman cinta pertama yang lambat berkembang. Perkembangan ini menambahkan rasa teruja terhadap kisah cinta yang segar dan tulus antara Joo Hye Ri dan Kang Joo Yeon.

Jo Hye Joo akan membawakan watak Baek Hye Yeon, seorang penyampai berita yang bergaya dan moden di Media N Seoul. Yakin dan bijak, dia dikenali dengan pelbagai pesona. Dia juga telah lama menyukai penyampai berita senior, Kang Joo Yeon (Kang Hoon).

Walaupun Baek Hye Yeon tidak pernah merasa cemburu, tidak selamat, atau iri hati, dia sangat terdedah kepada kesepian. Dia selalu mendapatkan apa yang diinginkannya, tetapi semuanya berubah dengan kehadiran Kang Joo Yeon, yang membuatnya menghadapi cinta tak berbalas. Bagaimana dia akanberdepan dengan kemunculan saingan romantik Joo Hye Ri (Shin Hye Sun) dan bagaimana dia akan mengejar Kang Joo Yeon dengan penuh keberanian masih menjadi tanda tanya.

 

Teaser romantik yang baru dikeluarkan mempamerkan dinamik berbeza dua perhubungan: percintaan rumit antara Joo Eun Ho dan Jung Hyun Oh, dan percintaan yang mekar antara Joo Hye Ri (juga dimainkan oleh Shin Hye Sun) dan Kang Joo Yeon (Kang Hoon).

Joo Eun Ho dan Jung Hyun Oh adalah pasangan yang telah berpisah selepas lapan tahun bersama. Joo Eun Ho, dengan air mata yang hampir menitis, berkata dengan dingin, “Saya benci Hyun Oh,” menunjukkan reaksi yang jauh hati terhadap bekas pasangan. Video tersebut menonjolkan perpisahan penuh emosi mereka, dengan mereka berdiri berjauhan dan gagal untuk menyambung semula hubungan. Komen suram Eun Ho, “Kerana saya tidak dapat memilikinya,” menunjukkan rahsia dan kisah tersembunyi di sebalik hubungan panjang mereka.

Sebaliknya, Joo Hye Ri membuat pengakuan berani kepada Kang Joo Yeon, berkata, “Saya suka awak, Kang Joo Yeon. Itulah sebabnya saya mahu mengenali awak lebih dekat.” Perasaan tulus dan kegembiraan Hye Ri jelas kelihatan apabila dia tersenyum lebar dan berkata, “Saya tertanya-tanya apa yang akan awak lakukan esok.” Keterbukaan Hye Ri mengenai kebahagiaannya menyentuh hati penonton, sementara momen reflektif Joo Eun Ho ketika dia bertanya, “Adakah Hye Ri kelihatan bahagia?” dengan nada suram dan renungan mendalam, menunjukkan kesedihan yang dirasainya.

Dalam masa yang sama, babak yang menunjukkan Hyun Oh menjauh dari Eun Ho yang kelihatan muram dan kaku serta Hyun Oh yang mengharungi kesedihan di dalam kereta menambah rasa ingin tahu. Narasi Eun Ho, “Adakah awak tahu betapa awak perlu membenci sesuatu untuk melepaskan sesuatu yang awak mahukan?” menambah lagi misteri mengenai sebab perpisahan pasangan yang pernah bahagia ini. Keterujaan semakin meningkat menjelang tayangan perdana, yang akan meneroka dinamik romantik berbeza antara Joo Eun Ho dan Jung Hyun Oh serta Joo Hye Ri dan Kang Joo Yeon.

“Dear Hyeri” akan ditayangkan pada 23 September ini menerusi rangkaian Genie TV. Sebelum itu, jom tonton teaser drama ini seperti di bawah:

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6