Kemas kini: Polis dedah maklumat berkenaan siasatan dakwaan salah laku seksual Taeil & komen ringkas SM

Susulan pengumuman SM Entertainment mengenai penyingkiran Taeil dari NCT kerana dakwaan salah laku seksual, polis telah berkongsi maklumat lanjut berhubung siasatan itu.

Pada 29 Ogos, Balai Polis Bangbae, Seoul mendedahkan bahawa polis telah menahan Taeil selepas laporan difailkan pada Jun atas dakwaan salah laku seksual.

Menurut polis, Taeil sedang disiasat selepas dilaporkan oleh seorang wanita dewasa, “A.”

Sebagai tindak balas kepada laporan tersebut, SM Entertainment telah memberikan kenyataan terbaru mengenai dakwaan salah laku seksual Taeil yang difailkan awal tahun ini, iaitu pada bulan Jun.

Pada 29 Ogos, sumber dari SM Entertainment berkata, “Agensi dan Taeil mendapat tahu tentang dakwaan itu sekitar pertengahan bulan ini dan Taeil telah disiasat oleh polis pada 28 Ogos.”

Nantikan kemaskini selanjutnya.

Sumber : 1 | 2

loading...