Drama Korea yang akan datang “Love Next Door” telah berkongsi tiga sebab mengapa penonton harus menantikan tayangan perdananya!
“Love Next Door” merupakan sebuah drama komedi romantik yang menceritakan tentang sepasang bekas kawan zaman kanak-kanak yang bertemu semula setelah dewasa. Mereka menjadi rapat sejak kecil selepas ibu mereka menjalinkan persahabatan, tetapi kemudiannya berpisah. Mereka kemudian bertemu semula
Jung So Min akan memainkan watak Bae Seok Ryu, seorang wanita yang cuba memulakan semula kehidupannya yang kelam dan serba-serbi tak kena. Jung Hae In pula akan memegang watak sebagai anak kepada rakan ibunya, Choi Seung Hyo, yang dianggapnya sebagai babak gelap dalam hidupnya. Drama ini diarahkan oleh pengarah Yoo Je Won dan penulis Shin Ha Eun dari “Hometown Cha-Cha-Cha.”
Menjelang tayangan perdananya, berikut ialah tiga sebab utama untuk anda saksikan “Love Next Door”!
1. Pertemuan semula pengarah Yoo Je Won dan penulis Shin Ha Eun dari “Hometown Cha-Cha-Cha”
Drama ini sangat dinantikan kerana ia menandakan pertemuan semula pengarah Yoo Je Won dan penulis Shin Ha Eun, yang sebelum ini bekerja bersama dalam drama hit “Hometown Cha-Cha-Cha.”
Penulis Shin Ha Eun berkongsi secara ringkas inspirasinya untuk plot drama itu. Dia menjelaskan, “Saya ingin bercerita kisah tentang masa muda. Saya teringat puisi Samuel Ullman, ‘Remaja bukanlah satu tempoh kehidupan; ia adalah keadaan tahap pemikiran,’ dan mengembangkannya menjadi cerita tentang anak muda tanpa mengira usia. Ini adalah cerita tentang orang yang biasa-biasa tetapi istimewa di dunia apabila mereka mencintai dengan sepenuh jiwa, sanggup berjuang habis-habisan, dan diam-diam berbaik semula.”
Dia menyambung, “Cerita itu fokus pada Seung Hyo dan Seok Ryu, yang telah mengenali antara satu sama lain sejak kecil. Sejak itu, mereka dipaksa untuk menjadi teman mandi oleh ibu mereka, hingga mereka besar dan ianya membuatkan mereka mempunyai perspektif fahaman yang berbeza. Jadi, drama ini menyajikan naratif epik dan saya harap penonton menikmatinya.”
Pengarah Yoo Je Won menegaskan, “Bukan sahaja Choi Seung Hyo dan Bae Seok Ryu, malah Jung Mo Eum (Kim Ji Eun), Kang Dan Ho (Yun Ji On), dan pelbagai watak lain di sekeliling mereka juga mempunyai cerita yang menarik. Drama yang menampilkannya pelbagai cerita hangat dan menawan bermula dari percintaan kepada hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Dia menambah, “Semasa menonton ‘Love Next Door,’ yang menceritakan kisah tentang berkongsi kegembiraan dan kesedihan antara satu sama lain, saya harap anda juga boleh gelak ketawa seketika.”
2. Chemistry yang menakjubkan antara Jung Hae In, Jung So Min, Kim Ji Eun dan Yun Ji On
Penonton harus menantikan keserasian dinamik antara pelakon utama drama: Jung Hae In, Jung So Min, Kim Ji Eun dan Yun Ji On. Jung Hae In melakonkan watak anak lelaki Choi Seung Hyo yang sempurna, manakala Jung So Min melakonkan watak seorang anak perempuan yang cuba mengatur semula hidupnya. Kim Ji Eun sebagai Jung Mo Eum, satu watak unik dan mesra yang percaya bahawa DNA Superhero mengalir dalam tubuhnya. Yun Ji On pula memainkan watak Kang Dan Ho, seorang wartawan yang mengambil berat tentang isu sosial.
Pengarah Yoo Je Won memuji Jung Hae In, dengan menyatakan, “Bukan saya yang memilihnya, tetapi projek kami yang memilihnya. Jung Hae In sangat ikhlas dalam lakonannya dan menunjukkan pertimbangan yang mendalam. Dia seorang pelakon yang mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat.”
Yoo Je Won turut menyatakan penghargaannya kepada Jung So Min, yang pernah bekerjasama dengannya dalam drama “Hundred Million Stars From the Sky.”
Dia menyatakan, “Saya mempercayai kemahiran lakonannya. Saya bersyukur dan berbangga melihatnya berkembang menjadi seorang pelakon yang hebat. Dia bukan sahaja bersinar dalam memainkan watak pintar Seok Ryu, tetapi juga dalam keserasian menawannya dengan Seung Hyo dan adegan penuh emosi dengan ibunya.”
Dia menambah, “Kim Ji Eun telah melakukan kerja yang hebat dalam mengeluarkan sifat unik Jung Mo Eum. Kemahiran lakonannya sering mengejutkan saya. Selain itu, Yun Ji On juga turut melakukan kerja yang hebat dalam mewujudkan watak Kang Dan Ho. Anda akan dapat merasakan penampilannya yang unik dan perlahan-lahan ia akan membuatkan anda terpesona dengan daya tarikannya.”
3. Kejiranan Hyeryeong yang harmoni dan berbagai ragam
Pelakon Park Ji Young, Jo Han Chul, Jang Young Nam, dan Lee Seung Joon, yang memainkan watak sebagai penduduk kawasan kejiranan Hyeryeong, akan menambah kedalaman dan keterujaan kepada drama ini dengan kemahiran lakonan mereka yang luar biasa.
Park Ji Young memegang watak sebagai Na Mi Sook, ibu Bae Seok Ryu yang kelihatan tegas pada zahirnya, tetapi sangat menyayangi anak-anaknya. Jo Han Chul memegang watak Bae Geun Sik, bapa Seok Ryu yang mengusahakan kedai makanan kecil di kawasan kejiranan Hyeryeong.
Jang Young Nam memainkan watak ibu Choi Seung Hyo, Seo Hye Sook, manakala Lee Seung Joon memainkan watak bapa yang setia Choi Kyung Hyo, yang juga seorang profesor perubatan.
Pengarah Yoo Je Won menyatakan rasa terima kasihnya atas persembahan cemerlang barisan pelakon yang melangkaui jangkaannya, dan membayangkan bahawa kisah kejiranan Hyeryeong akan merangkumi percintaan antara orang dewasa.
“Love Next Door” akan ditayangkan pada 17 Ogos dirangkaian tvN dan akan tersedia untuk tontonan di platform Netflix.
Sumber : 1