Shin Min Ah Dan Kim Young Dae jalinkan hubungan dengan agenda tersembunyi dalam “No Gain No Love”

Drama akan datang tvN “No Gain No Love” telah melancarkan poster baharunya yang menakjubkan!

Ditulis oleh penulis Kim Hye Young dari “Her Private Life,” “No Gain No Love” merupakan drama bertemakan komedi romantik yang mengisahkan Son Hae Young (Shin Min Ah), seorang wanita yang memalsukan perkahwinannya kerana dia tidak mahu berdepan dengan sebarang kerugian dan Kim Ji Wook (Kim Young Dae), seorang lelaki yang menjadi suami palsunya kerana tidak mahu mendatangkan kerugian pada sesiapapun.

Poster yang baru dikeluarkan menggambarkan senyuman mempesonakan pasangan palsu Hae Young dan Ji Wook, yang memakai pakaian berwarna putih untuk majlis perkahwinan mereka.

Berikutan hasrat Hae Young sendiri dan pencarian jangka pendek untuk mencari suami palsu, Hae Young bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan palsu untuk mendapatkan kembali hadiah berupa wang yang diberikannya sebagai ucapan tahniah untuk perkahwinan orang lain. Selain memakai gaun pengantin yang ringkas, Hae Young menukar kepada kasut sukan yang selesa untuk mengira jumlah wang yang diterimanya. Senyumannya yang mempesonakan sambil memegang beberapa keping wang tunai menunjukkan bahawa dia telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mendapatkan semula wang yang hilang. Sementara itu, Ji Wook mempamerkan ekspresi muka yang berbeza, membuatkan penonton ingin tahu mengapa dia bersetuju menjadi pengantin lelaki palsu.

Dalam teks pada poster yang tertera, “Perkahwinan ini, anda akan menuai apa yang anda tabur,” membuatkan penonton teruja ingin tahu tentang perkembangan hubungan antara Son Hae Young dan Kim Ji Wook. Benarkah hubungan mereka sekadar menjadi rakan kongsi yang saling menguntungkan? Atau beralih kepada sesuatu yang lain?

Dalam pada itu, teaser drama “No Gain No Love” ini bermula dengan perarakan masuk Hae Young dan Ji Wook ke dalam dewan perkahwinan. Kedua mereka terlihat sangat menakjubkan. Di kala kedengaran sorakan teruja para tetamu, Hae Young memegang erat tangan Ji Wook sepanjang berjalan dengan senyuman manis yang terpancar diwajahnya.

Suasana seperti kisah dongeng itu kemudian bertukar kepada realiti apabila tujuan sebenar perkahwinan palsu mereka terbongkar. Sejurus selepas melemparkan sejambak bunga kuning itu, Hae Young mula memegang wang ucapan tahniah diterimanya  ditemani Ji Wook yang dilihat menggelengkan kepalanya melihat reaksi Hae Young. Ji Wook kemudian membuat pengiraan pantas dengan menggunakan mesin wang sekaligus membuatkan Hae Young begitu teruja tanda tidak percaya dengan kepantasan Ji Wook bertindak. Biarpun kelihatan Ji Wook tampak tidak begitu senang dengan tindakan Hae Young, namun tidak lama kemudian dia mendapati dirinya memandang Hae Young dengan kagum.

Berasa seperti menang besar selepas mengumpul wang ucapan tahniah, Hae Young melemparkan berkeping-keping wang tunai ke udara dan menjerit, “Penyelesaian selesai!” Dengan rancangan Hae Young untuk mengaut keuntungan melalui perkahwinannya yang berjaya dan tugas pengantin lelaki jangka pendek Ji Wook selesai, penonton tertanya-tanya bagaimana perkahwinan palsu mereka, yang mana mereka lakukan atas sebab berbeza, akan berakhir. Penonton tidak sabar-sabar untuk melihat sama ada Ji Wook akan menjadi anugerah atau kerugian untuk Hae Young yang sentiasa berkira-kira apabila kisah mereka yang tidak dijangka berlaku.

Tonton teaser drama ini di bawah:

“No Gain No Love” akan ditayangkan pada 26 Ogos ini menerusi tvN drama dan Prime Video Malaysia.

Sumber : 1 | 2

loading...