“Moving” raih Daesang selain Im Si Wan dan Park Bo Young yang turut catat kemenangan di Blue Dragon Series Awards ke-3

Blue Dragon Series Awards ke-3 telah diadakan pada 19 Julai bertempat di Paradise City di Incheon. Majlis anugerah itu disiarkan secara langsung di KBS2TV dan dihoskan oleh Jun Hyun Moo dan YoonA.

Anugerah yang dianjurkan oleh Sports Chosun adalah yang pertama di Korea khusus untuk platform penstriman. Memandangkan pertumbuhan berterusan industri kandungan siri asal, Blue Dragon Series Awards memberi penghormatan kepada kecemerlangan dalam drama dan rancangan pelbagai yang dihasilkan oleh platform perkhidmatan penstriman. Pencalonan untuk Blue Dragon Series Awards tahun ini termasuk siri drama dan rancangan hiburan yang dikeluarkan antara 1 Jun 2023 dan 31 Mei 2024.

Siri “Moving”, yang pertama kali dikeluarkan di Disney+ pada 9 Ogos 2023, menjadi drama paling menyerlah di Blue Dragon Series Awards ke-3. Drama yang dilakonkan oleh Jo In Sung, Han Hyo Joo, Ryu Seung Ryong dan rama lagi  berjaya merangkul Daesang. Menariknya, dua lagi pelakon drama tersebut iaitu Go Yoon Jung dan Lee Jung Ha turut bersama-sama menyumbang trofi Pelakon Baharu Terbaik.

Hadiah Daesang disampaikan oleh Song Hye Kyo selaku pemenang tahun lepas. Para pelakon dan pasukan produksi ‘Moving’ naik ke pentas untuk meraikan kemenangan itu. Penerbit Eksekutif Ham Jin, Pengarah Park In Je, dan penulis asal Kang Full berkongsi ucapan penerimaan mereka. Pelakon Ryu Seung Ryong menambah, “Kepada semua ibu dan bapa di era ini, kekal kuat.” Pelakon Han Hyo Joo menambah, “Saya sangat gembira bertemu dengan orang yang luar biasa dan mencipta karya yang luar biasa. Saya berterima kasih kepada penonton yang telah menamatkan kisah hangat dan benar ini dengan cinta mereka.”

Sementara itu, drama Netflix  “Daily Dose of Sunshine” memenangi drama terbaik, di mana pelakon utamanya Park Bo Young menerima anugerah utama wanita terbaik. Im Si-wan pula memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik untuk persembahannya dalam siri popular Coupang Play, “Boyhood.”

Geum Hannah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik menerusi siri asal Disney+ “A Shop for Killers” untuk peranannya sebagai pembunuh berpengalaman, manakala Ahn Jae Hong memenangi anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik untuk peranannya sebagai Oh-nam , seorang lelaki yang terobsesi dengan pelakon utama wanita dalam siri thriller Netflix “Mask Girl.” Ahn Jae Hong juga sebelum ini memenangi anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik dalam kategori TV di Anugerah Seni Baeksang ke-60 untuk peranan yang sama.

Anugerah siri hiburan terbaik dimenangi oleh rancangan pelbagai survival Wavve, “The Community.” Rancangan ini menerima ulasan positif untuk format uniknya, yang menampilkan peserta dengan nilai ideologi yang berbeza menguji dan mencabar proses pemikiran masing-masing.

Pelawak Shin Dong-yup memenangi anugerah penghibur lelaki terbaik untuk persembahannya pada musim ke-5 Coupang Play “SNL Korea,” manakala pelawak Jang Do-yeon dinamakan penghibur wanita terbaik untuk peranannya dalam rancangan pengembaraan jenayah Tving “High School Mystery Club 3. ”

Jom semak senarai penuh pemenang di Blue Dragon Series Awards ke-3

Drama

Grand Prize: ‘Moving’
Best Drama Award: ‘Daily Dose of Sunshine’
Best Actress Award: Park Bo Young (‘Daily Dose of Sunshine’)
Best Actor Award: Im Si Wan (‘Boyhood’)
Best Supporting Actress in Drama: Geum Hae Na (‘A Shop for Killers’)
Best Supporting Actor in Drama: Ahn Jae Hong (‘Mask Girl’)
Best New Actress in Drama: Go Youn Jung (‘Moving’)
Best New Actor in Drama: Lee Jung Ha (‘Moving’)

Variety

Best Variety Show Award: ‘The Community’
Best Female Entertainer Award: Jang Do Yeon (‘High School Mystery Club’)
Best Male Entertainer Award: Shin Dong Yup (‘SNL Korea Season 5’)
Best New Female Entertainer Award: Yoon Gai (‘SNL Korea Season 5’)
Best New Male Entertainer Award: Kwak Joon Bin (‘Devil’s Plan’)

U+ Why Not Award: Ahn Yu Jin (‘Crime Scene Returns’)
TIRTIR Popular Star Award: Dex, Miyeon, Choi Woo Shik, Park Ji Yoon
OST Popularity Award: Zhang Hao (‘Transit Love 3’ OST)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Kredit gambar : sports.chosun

loading...