Siri aksi thriller “NO WAY OUT: THE ROULETTE” yang penuh saspens akan tayang di Disney+ Hotstar 31 Julai ini

Apabila penjenayah yang paling dikehendaki  dan dibenci dibebaskan dengan parol, sekumpulan rakyat biasa akan bersaing untuk membunuhnya bagi mendapatkan ganjaran besar yang ditawarkan.

Berapakah kos bayaran yang diperlukan untuk melakukan pembunuhan? Nampaknya, di musim panas ini beberapa orang awam akan mengetahuinya dalam “NO WAY OUT: The Roulette”, sebuah siri aksi thriller dan fiksyen baharu yang akan bersiaran pada 31 Julai di Disney+ Hotstar. Siri ini diterbitkan oleh Studio X+U, ditulis oleh Lee Sujin (The Devil’s Deal) dan diarahkan oleh Choi Kookhee (Default) dan Lee Hubin.

Selepas menjalani hukuman 13 tahun kerana melakukan beberapa siri jenayah kejam, lelaki yang paling dibenci Korea, Kim Gook Ho (Yoo Jae Myung), dibebaskan dengan parol. Berang dengan pembebasannya, seorang individu misteri menawarkan ganjaran sejumlah 20 bilion won ($14 juta) kepada sesiapa sahaja yang dapat mengesan dan membunuh penjenayah terkenal tersebut. Menjadi sasaran mereka yang tersedak, Kim Gook Ho perlu meletakkan kepercayaannya kepada pasukan polis sebagai perlindungan jika dia berharap untuk terus hidup.

Mengetahui bahawa kehidupan Kim Gook Ho tidak lagi selamat, seorang detektif bernama Baek Joong Sik (Jo Jin Woong) mesti melindunginya daripada pembunuh upahan ini. Sementara itu, peguam Lee Sang Bong (Kim Moo Yeol) dilantik sebagai penasihat undang-undang Kim Gook Ho.

Antara individu yang menyertai misi membunuh Kim Gook Ho ialah Yoon Chang Jae (Lee Kwang Soo), seorang penjual daging,  Mr. Smile (Greg Hsu) seorang pembunuh upahan profesional, Sung Jun Woo (Kim Sung Cheol), seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar terhadap jemaahnya dan Seo Dong Ha (Sung Yoo Bin), anak Kim Gook Ho yang mendapat tekanan daripada masyarakat kerana dikenali sebagai anak pembunuh. Turut mengambil kesempatan ke atas Kim Gook Ho adalah Datuk Bandar Hosan, Ahn Myung Ja (Yum Jung Ah) yang bermuka dua. Dia sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk mengekalkan kuasa politiknya.

Poster yang baru dikeluarkan menunjukkan ruang tertutup yang gelap dengan siling merah yang menyerlah, sekaligus memberikan kesan dramatik.

Di barisan hadapan, ekspresi tegas detektif Baek Jung Sik menunjukkan konflik dan dilema yang semakin menghantui dalam melindungi penjenayah yang kejam. Kim Gook Ho menunjukkan kehadiran yang kuat, mencetuskan rasa ingin tahu tentang peristiwa yang akan berlaku apabila dia menjadi sasaran hukuman mati di seluruh negara.

Menghimpit Kim Gook Ho ialah wakil undang-undang sahnya, peguam Lee Sang Bong dan Datuk Bandar Hosan, Ahn Myung Ja. Kedua-duanya memancarkan reaksi ketegangan dengan pandangan tajam mereka.

Poster itu juga memaparkan ekspresi misteri Seo Dong Ha, sikap dingin Mr. Smile, pandangan sisi yang penuh kejahatan tukang penyembelih daging Yoon Chang Jae, dan paderi berwajah poker (tanpa ekspresi) Sung Joon Woo, yang membuatkan keterujaan penonton untuk mengetahui tentang niat mereka terhadap Kim Gook Ho.

Drama ini bukan sahaja menawarkan ketegangan dan aksi, tetapi juga mengangkat tema sosial yang relevan, seperti keadilan, politik dan rasuah. Jadi, adakah Kim Gook Ho berjaya dihukum bunuh oleh sekumpulan pembunuh upahan dengan ganjaran 20 bilion won atau sebaliknya? Jangan lupa untuk mengetahui seberapa besar kos sebuah prinsip dan tanggungjawab moral dengan strim “NO WAY OUT: The Roulette” bermula 31 Julai ini di Disney+ Hotstar di mana dua episod dikeluarkan pada setiap hari Rabu.

loading...