Drama romantis terbaru Shin Hye Sun dan Lee Jin Wook akan tayang pada separuh kedua tahun 2024

Drama bertemakan percintaan untuk tayangan ENA yang akan datang, “To My Haeri” (tajuk literal), telah mengesahkan rancangan penyiarannya!

“To My Haeri” ialah drama healing romance (penyembuhan cinta) yang mengisahkan Joo Eun Ho (Shin Hye Sun), seorang pembawa berita yang mengalami gangguan identiti disosiatif (Haeri bermaksud pemisahan diri dalam bahasa Korea) selepas kehilangan adik lelakinya dan berpisah dengan bekas teman lelakinya, Hyun Oh (Lee Jin Wook). Drama ini ditulis oleh Han Ga Ram, yang terkenal dengan projek terdahulu seperti “I’ll Go to You When the Weather is Nice” dan “Han Yeo Reum’s Memory.”

Shin Hye Sun memainkan dua peranan sebagai Joo Eun Ho, seorang pembawa berita yang tidak dikenali dengan pengalaman 14 tahun yang sedang bergelut untuk mencipta nama, dan Joo Hye Ri, seorang penjaga tempat letak kereta dengan pemikiran yang sangat positif.

Lee Jin Wook pula memainkan watak bekas teman lelaki Joo Eun Ho, Jung Hyun Oh, yang menjadi pembawa berita popular  sebaik sahaja dia menyertai syarikat itu, tidak seperti bekas teman wanitanya. Dia adalah penyiar yang paling disukai orang ramai, tetapi dia juga membawa luka tersembunyi yang tidak pernah ditunjukkannya kepada sesiapa.

Entah bagaimana, Joo Eun Ho dan Jung Hyun Oh bersatu semula dan membantu menyembuhkan luka masing-masing.

Turut menyertai Shin Hye Sun dan Lee Jin Wook adalah Kang Hoon yang akan memainkan watak Kang Ju Yeon, seorang lulusan akademi tentera yang menjadi penyampai berita. Ju Yeon digambarkan seseorang yang mempunyai penampilan yang kemas dan sikap yang cool. Ju Yeon mendapatkan pendidikan di sekolah lelaki dan akademi tentera, serta dia tidak pernah bercinta. Disebabkan pilihan kerjayanya sebagai pembaca berita dan bukannya pegawai tentera, ini akan menjanjikan perkembangan menarik dalam kisah romantiknya kerana Ju Yeon akan berdepan  dengan cabaran dalam berinteraksi dengan rakan sekerja wanita.

“To My Haeri” dijadualkan ditayangkan di ENA pada separuh kedua tahun ini.

Sumber : 1, 2

loading...