Sebelum dan selepas ‘Lovely Runner” ternyata beri impak kepada Byeon Woo Seok di lapangan terbang

Siapa menyangka “Lovely Runner” membawa tuah kepada Byeon Woo Seok.

Populariti Byeon Woo Seok meningkat secara drastik setelah membintangi “Lovely Runner” bersama Kim Hye Yoon. Bahkan drama tersebut telah mencipta fenomena baru kepada peminat Kdrama seperti demam Sun Jae iaitu watak yang dilakonkan Byeon Woo Seok dalam drama itu.

Impak daripada watak Sun Jae, terbaru, Byeon Woo Seok diberikan sambutan yang luar biasa ketika berada di lapangan terbang Incheon untuk penerbangan ke Taiwan hari ini, 6 Jun untuk menghadiri pertemuan peminatnya. Saat ini, kehadiran pelakon itu diiringi oleh beberapa pengawal peribadi bagi tujuan keselamatan. Hal ini jelas berbeza dengan sambutan diterimanya pada 6 bulan lalu.

Setibanya Byeon Woo Seok di Lapangan Terbang Incheon, kehadirannya bukan sahaja disambut meriah oleh para peminat, namun dikerumuni dengan media tempatan yang tidak ketinggalan untuk membuat liputan mengenainya. Byeon Woo Seok tidak lagi bebas untuk mendekati para peminat dan sebaliknya kerada keadaan di lapangan terbang begitu padat dengan orang ramai. Namun, aktor itu tetap memberikan senyuman dan pose-pose yang menawan untuk peminat yang hadir.

Untuk pengetahuan ramai, pada 29 November 2023, Byeon Woo Seok telah berada di Lapangan Terbang Gimpo untuk berlepas ke Jepun bagi menghadiri acara MAMA 2023. Saat itu, ruangan lapangan terbang tidak semeriah kini. Ianya agak sunyi dan tidak ramai peminat yang hadir ketika itu untuk mendekatinya. Pendek kata, Byeon Woo Seok saat itu bebas ke sana dan ke sini dan tiada pengawal peribadi yang mengiringinya.

Oleh itu, dapat disimpulkan penangan Byeon Woo Seok dalam drama terbarunya. Bak kata pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuahnya Byeon Woo Seok nampak pada “Lovely Runner”.

Untuk pengetahuan, Byeon Woo Seok kini dalam rangka lawatan ke beberapa negara Asia sempena pertemuan peminatnya 2024 Byeon Woo Seok Asia Fan Meeting ‘SUMMER LETTER’. Namun agak mengecewakan kerana Malaysia tidak tersenarai dalam siri lawatan ini. Di harapkan Byeon Woo Seok akan mengunjungi Malaysia pada suatu hari nanti kerana  popularitinya dan “Lovely Runner” di negara ini juga luar biasa. Bahkan runut lagu daripada drama berkenaan terutamanya “Sudden Shower” seringkali diputar di radio, di cafe makanan Korea dan didengari oleh ramai penggemar muzik di Malaysia pada amnya. “Lovely Runner” lakonan Byeon Woo Seok dan Kim Hye Yoon boleh ditonton menerusi platform penstriman Viu Malaysia.

loading...