Penuh drama dan konspirasi, “Red Swan” lakonan Kim Ha Neul dan Rain akan tayang secara eksklusif di Disney+ Hotstar Julai ini

Setelah sekian lama dicurangi oleh sang suami, seorang Duta  yang merasa terhina mula jatuh cinta dengan pengawal peribadinya yang penuh misteri dalam “Red Swan” – sebuah drama Korea baharu yang akan datang 3 Julai ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

“Red Swan” menggambarkan kisah Oh Wan Soo (Kim Ha Neul), yang mengimpikan kehidupan yang sempurna dalam masyarakat elite dan berkahwin dengan pewaris Kumpulan Hwain. Dia menemui rahsia keluarga Hwain apabila dia bertemu pengawal peribadinya, Seo Do Yoon (Rain), yang sentiasa berada di sisinya. Drama ini akan diarahkan oleh Park Hong Kyun, pengarah “Hwayugi,” “The Greatest Love,” dan “The Great Queen Seon Deok,” dan ditulis oleh Choi Yoon Jung, penulis “Only Love,” “Three Sisters,” dan “The Person I Love.”

Walaupun Oh Wan Soo dan suaminya, Kim Yongkook (Jung Gyu Woon), kelihatan seperti pasangan yang sempurna, namun dalam pada itu, pelbagai perkara telah berlaku dalam hubungan mereka. Sebagai pewaris salah sebuah konglomerat terkemuka Korea, Yongkook telah menduakan Wansoo. Menyedari kecurangan suaminya, Wansoo telah bekerja keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, tetapi dengan kehadiran pengawal peribadi misteri baharu yang muncul sebagai pelindungnya, kesetiaannya akan diuji buat kali pertama. Entah bagaimana, Seo Do Yoon berikrar untuk memastikan Wan Soo selamat, tetapi apakah mungkin penampilan dan motif tersembunyinya akan mengancam semua usaha Wan Soo?

Terbaru, siri “Red Swan” telah berkongsi poster terbaru drama tersebut.Antara yang turut membintangi drama itu selain Kang Ha Neul dan Rain adalah Jung Gyu Woon, Seo Yi Sook, Yoon Je Moon dan Ki Eun Se yang dijangka mempamerkan kemahiran lakonan dan daya tarikan mereka.

Kim Ha Neul sebagai Oh Wan Soo, seorang pemain golf profesional yang menjadi pengerusi sebuah yayasan selepas berkahwin dengan pewaris Kumpulan Hwain dan mendapat kemasyhuran di seluruh dunia melalui aktiviti amalnya.

Rain pula memainkan watak Seo Do Yoon. Setelah lulus dari akademi polis dan mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri yang sangat baik, Do Yoon menyertai pasukan keselamatan Kumpulan Hwain dengan tujuan tersendiri dan diberi tugas untuk melindungi Wan Soo.

Jung Gyu Woon akan memegang watak sebagai suami Wan Soo dan pewaris Kumpulan Hwain, Kim Young Guk. Sebagai seorang yang sering mendapat perhatian ramai, sayangnya  Young Guk mula mengkhianati dan mencurangi isteri serta perkahwinannya.

Seo Yi Sook pula memainkan watak Park Mi Ran, pengerusi Kumpulan Hwain, manakala Yoon Je Moon sebagai  Han Sang Il, seorang peguam yang mewakili Kumpulan Hwain. Manakala, Ki Eun Se memegang watak Jang Tae Ra yang ingin menjadi muka baharu Kumpulan Hwain.

Poster utama di bawah merakamkan watak-watak yang terjalin dengan keluarga Hwain, menunjukkan keperibadian mereka yang kuat, berlatar belakangkan rumah mewah. Lukisan besar di dinding menambah suasana yang agak menakutkan, dan teks ironis yang berbunyi, “Segala-galanya tentang mereka didedahkan dengan elegan,” menguatkan rasa ingin tahu penonton tentang rahsia yang tersembunyi dalam keluarga kelas atasan yang kelihatan elegan dan glamor ini.

“Red Swan” dengan jumlah 10 episod boleh distrim di Disney+ Hotstar mulai 3 Julai.

Sumber : 1

loading...