Drama jenayah komedi “Seoul Busters” akan tiba secara eksklusif di Disney+ Hotstar September ini

Siri drama jenayah dan kepolisan terbaru yang bertemakan komedi akan datang secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada September ini.

“Seoul Busters” mengisahkan tentang transformasi unit jenayah kekerasan berprestasi paling rendah di negara  kepada pasukan teratas negara selepas mereka digandingkan dengan ketua pasukan yang berkemahiran tinggi.

Setiap tahun tanpa gagal, ahli-ahli unit jenayah kekerasan Songwon berada di antara kakitangan yang paling teruk dalam seluruh pasukan polis Korea Selatan.

Terdiri daripada sekumpulan pegawai yang kelihatan tidak sesuai dengan tugas mereka, pihak pengurusan cuba mengubah keadaan selepas melantik kapten baharu dalam pasukan. Cemerlang dan unggul dalam semua yang dilakukannya, kapten baharu itu mempunyai tugas yang sukar dalam unit terbarunya.

Kim Dong Wook memainkan watak Dongbang Yoo Bin, ketua skuad unit 2 jenayah kekerasan di Balai Polis Songwon. Dongban Yoo Bin mempunyai wajah yang kacak, bijak, dan mempunyai kebolehan sukan yang sangat baik. Dia pernah ditawarkan jawatan profesor tetap di universiti terkenal di luar negara. Bagaimanapun, Yoo Bin tiba-tiba datang ke Korea dan menawarkan diri untuk menjadi ketua skuad unit 2 jenayah kekerasan di balai polis tersebut, yang menduduki tempat terakhir di negara itu dari segi kadar tangkapan.

Park Se Wan memainkan watak Seo Min Seo, yang memegang kuasa nombor 1 dalam unit 2 skuad jenayah kekerasan Balai Polis Songwon, walaupun penampilannya lembut.

Park Ji Hwan dari siri “The Roundup” memainkan watak detektif veteran Moo Joong Ryeok. Dia adalah bekas ahli pasukan tinju negara yang kelihatan tegap di luar tetapi mempunyai daya tarikan yang tidak dijangka.

Seo Hyun Woo pula sebagai detektif Jung Jung Hwan, bekas ahli pasukan menembak kebangsaan yang pernah bermimpi untuk memenangi banyak gelaran Olimpik tetapi kini sedang dalam proses kenaikan pangkat untuk menyara keluarganya.

Manakala pelakon baru, Lee Seung Woo memegang watak Jang Tan Sik, ahli termuda skuad jenayah kekerasan Dongbang Yoo Bin. Dia seorang detektif yang sangat kekok dalam pekerjaannya tetapi membetulkan kesilapannya dengan personaliti yang positif dan semangat yang terlalu berkobar-kobar.

“Seoul Busters” ini disutradarai oleh Ahn Jong Yeon dan Shin Joong Hoon, serta ditulis oleh Lee Young Chul (High Kick!, Hit the Top) dan Lee Kwang Jae (Smashing On Your Back). Jangan lupa untuk strim “Seoul Busters” pada September ini secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

loading...