Kim Hye Joon dan Lee Dong Wook mungkin akan kembali dengan “A Shop for Killers” musim ke-2

Berita baik mungkin menanti para peminat “A Shop for Killers”!

Pada 12 Mac, Disney+ mengadakan sidang akhbar untuk berkongsikan tentang barisan kandungan 2024 mereka. Shin Ah Reum, yang bertanggungjawab ke atas kandungan tempatan Disney+, menamakan “A Shop for Killers” sebagai drama yang berjaya bermula untuk tahun 2024.

Shin Ah Reum secara ringkas menyebut, “Seperti yang dijangkakan, ramai yang mahukan Musim 2 selepas drama “A Shop for Killers” itu tamat, jadi kami sedang berbincang dengan pihak berkaitan.”

Dengan ini peminat kini mula teruja untuk menyaksikan kesinambungan dariapada episode terakhir “A Shop for Killer” itu.

Berdasarkan novel oleh pengarang “The Killer’s Shopping List”, Kang Ji Young, “A Shop for Killers” ialah sebuah drama aksi yang mengisahkan Jung Ji An (Kim Hye Joon). Selepas ibu bapanya meninggal dunia, Jung Ji An tinggal bersama bapa saudaranya Jin Man (Lee Dong Wook), yang menguruskan pusat membeli-belah. Bagaimanapun, selepas kematian mengejut bapa saudaranya, Jung Ji An menerima warisan berbahaya dan menjadi sasaran pembunuh yang mencurigakan.

Strim “A Shop for Killers” sekarang di Disney+ Hotstar.

Sumber : 1 | 2

loading...