Bae Jin Young debut sekali lagi dengan kumpulan ‘CIX’ bersama empat yang lain dan janji bagi yang terbaik

Siapa tidak kenal dengan Bae Jin Young yang pernah menganggotai kumpulan Wanna One. Agak lama tidak mendengar khabar terkini tentang dirinya setelah tamat aktiviti bersama dengan Wanna One. Mengikut jejak langkah Lee Dae Hwi dan Park Woo Jin yang telah dulu debut secara berkumpulan sebagai ‘AB6IX’, kini Bae Jin Young pula akan debut dengan kumpulan baru ‘CIX’ yang dahulunya dikenali sebagai C9BOYZ. ‘CIX’ bermaksud “Complete In X”.

CIX bernaung di bawah agensi C9 Entertainment dianggotai oleh lima anak muda termasuk si muka kecil Bae Jin Young. Empat ahli yang lain adalah BX (Lee Byounggon), Seunghun (Kim Seunghun), Yonghee (Kim Yonghee), dan Hyunsuk (Yoon Hyunsuk). BX dan Seunghun pernah menyertai  merupakan bekas pelatih YG dan pernah menyertai program realiti ‘survival’ YG Treasure Box pada 2018, namun keduanya gagal menempah tempat ke final. BX juga merupakan finalis program Mix Nine dikedudukan ke-9, namun disebabkan tiada kesefahaman antara pihak agensi, impian untuk debut terpaksa dibatalkan. Umum ketahui, Jin Young merupakan finalis bagi program realit’ ‘survival’ Produce 101 Musim Ke-2 dikedudukan ke-10 dan berjaya debut sebagai Wanna One.

Kumpulan CIX telah debut pada 24 Julai (hari ini) dengan EP pertama mereka  ‘HELLO Chapter 1. Hello Stranger‘. Dengan terhasilnya album ini, maka bermulalah perjalanan seni CIX ke setiap pelosok dunia. Album ini mengandungi lima buah lagu berkonsepkan Urban Pop, dan merupakan salah satu daripada seleksi album K-Pop 2019 yang paling dinanti-nantikan ramai kerana menampilkan producer serta komposer terkenal antarabangsa seperti MZMC, Styalz Fuego, Rice N Peas, Pink Slip, Anthony Russo, Bazzi, Scott Quinn, Anthony Pavel, dan Jay Kim.

HELLO Chapter 1. Hello Stranger‘ dijangka akan menampilkan pelbagai daya tarikan bermula dari lagu track pertama “What You Wanted” sehingga track kelima dan terakhir “The One”. Single yang pertama dikeluarkan “Movie Star” menampilkan bahagian korus yang menarik dalam melodi yang ‘funky’, dimana ini menunjukkan keunikkan serta kekuatan persembahan daripada lima orang anggota kumpulan CIX ini.

Menyorot perihal Bae Ji Young pula, saat ditanya mengenai keputusan dibuat untuk debut secara berkumpulan dari bergerak solo, ini penjelasan beliau, “Rasanya saya perlu banyak belajar lagi untuk menjadi artis solo. Ia juga adalah impian saya sejak dulu lagi untuk berada dalam kumpulan idol di mana setiap ahlinya mencipta sinergi, saling bergantungan antara satu sama lain serta menangis dan ketawa bersama-sama. “

Apabila ditanya sama ada dia merasakan tekanan tentang debutnya yang kedua, Bae Jin Young menjawab, “Sudah tentu saya merasakan tekanan mengenainya selepas tamat rangka promosi bersama Wanna One. Makin saya merasai tekanan itu, saya akan cuba melakukan dengan lebih baik dan saya benar-benar ingin menunjukkan sisi lain saya. “

Beliau meneruskan, “Saya masih rasa kekurangan semasa aktiviti bersama Wanna One, jadi keinginan saya untuk lebih giat berlatih dan berikan persembahan yang hebat semakin menggunung. Saya akan tingkatkan usaha untuk memperbaiki lagi mutu persembahan saya. “

“Saya juga mahu membantu CIX menerusi pengalaman yang saya peroleh dengan Wanna One. Saya harap kami boleh bergantung kepada satu sama lain untuk menjadi satu kumpulan yang hebat atau lebih hebat daripada Wanna One, “tambah Bae Jin Young.

Apapun, selamat maju jaya buat CIX. Penulis telah mendengar preview kelima-lima lagu dari album ‘HELLO Chapter 1. Hello Stranger‘ dan secara keseluruhannya sangat menghiburkan, funky serta muziknya tidak terlalu berat.

Meh kita tonton persembahan CIX dengan lagu “Movie Star”. Merka juga menjadi tetamu jemputan untuk rancangan “Weekly Idol” yang disiarkan pada hari ini (24 Julai)

Ini pula preview lima buah lagu yang mengisi album sulung mereka ‘HELLO Chapter 1. Hello Stranger

Sebagai makluman tambahan, kumpulan CIX telah mengadakan debut showcase pada hari ini, 24 Julai sehari selepas mereka debut di Olympic Park SK Handball Arena, Korea. Program ini turut ditayangkan di Malaysia pada masa yang sama sempena CIX 1st Meeting Fan Gathering. Pasti meriah dan menghiburkan.

Apapun, berikan sokongan tanpa henti anda kepada kumpulan CIX.

Sumber : iplus

loading...