Berdepan dengan masalah kesihatan, Haechan NCT akan berehat buat sementara waktu

SM Entertainment telah berkongsi kemas kini mengenai status kesihatan Haechan NCT dan aktiviti yang dijadualkan pada masa hadapan.

Terdahulu pada 8 Januari lalu, Haechan dilaporkan tidak dapat menyertai konsert NCT 127 di Nagoya, Jepun kerana mengalami demam panas akibat selesema. Pada hari yang sama, Haechan dilaporkan pulang ke Korea terlebih dahulu dan segera ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Berdasarkan hasil pemeriksaan,  doktor di hospital berkenaan mengesahkan Haechan menghidap radang tonsil yang teruk dan doktor menasihatkannya berehat supaya proses pemulihan berjalan dengan cepat.

Pada 9 Januari, SM Entertainment berkongsi notis berikut mengenai aktiviti masa depan NCT 127 dan NCT Dream menerusi platform komuniti peminat, Weverse.

Hello.

Kami ingin memaklumkan kepada anda tentang status kesihatan NCT Haechan dan jadual aktivitinya untuk masa hadapan.

Semasa berada di Jepun untuk aktiviti berjadual, Haechan pulang ke Korea terlebih dahulu pada 8 Januari dan bergegas ke hospital kerana gejala selesema yang disertai dengan demam panas. Berdasarkan keputusan pemeriksaan, dia mengalami radang tonsil yang teruk, dan doktor menasihatkan bahawa dia memerlukan rehat yang banyak untuk menjamin kestabilan. Oleh itu, Haechan akan berehat seketika untuk proses pemulihan yang cepat.

Haechan tidak dapat menyertai Circle Chart Music Awards 2023 yang dijadualkan pada 10 Januari (Rabu). Oleh itu, NCT DREAM akan mengambil bahagian dalam majlis amugerah tersebut sebagai enam ahli bersama Mark, Renjun, Jeno, Jaemin, Chenle, dan Jisung. Kami mohon pemahaman yang baik daripada peminat.

Kami akan memutuskan penyertaan Haechan dalam aktiviti yang dijadualkan pada masa hadapan adalah bergantung pada keadaan pemulihannya, dan kami akan memaklumkan anda sekali lagi mengenai keputusan ini.

Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada peminat, dan kami akan melakukan yang terbaik supaya Haechan dapat menyaapa peminat semula dalam keadaan sihat.

Terima kasih.

Semoga Haecha kembali pulih dengan kadar yang segera!

Sumber : 1 | 2