Lee Jong Suk selesai tandatangan kontrak eksklusif dengan ACE FACTORY

Lee Jong Suk akhirnya telah menemui agensi baharu sebagai rumah keduanya.

Pada 3 Januari, Ace Factory mengumumkan berita berkenaan sesi menandatangani kontrak eksklusif dengan pelakon Lee Jong Suk.

Kami sangat gembira menjadi sebahagian daripada permulaan baharu pelakon Lee Jong Suk, yang telah membina filemografi yang mantap selain menjadi pelakon yang boleh dipercayai. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pelakon yang begitu teliti dalam memilih projek.

Memandangkan Lee Jong Suk seorang pelakon yang digemari oleh penonton global, kami akan menyokong sepenuhnya aktiviti global dan projek produktifnya.

– ACE FACTORY

 

ACE FACTORY ialah rumah produksi di sebalik drama seperti “Stranger “(Forest of Secrets) dan merupakan agensi yang menguruskan beberapa pelakon, seperti Yoo Jae-myung, Jeong Shin-hye, Kim Dong-hwi, Ha Jun, Ja Seung-jo, Lee You-young, dan Lee Jun-hyuk.

Tahniah kepada Lee Jong Suk, dan kami mengucapkan selamat maju jaya untuk permulaan baharunya!

Sumber : 1 | 2

loading...