Terlibat dalam nahas jalanraya, pelakon Oh Jung Se berdepan kecederaan kecil

Pada 18 Oktober, pelakon Oh Jung Se terlibat dalam kemalangan ketika menaiki van dan dilaporkan melanggar sepasang suami isteri yang disangkakan sebagai petani.

Dalam kemalangan itu, seorang telah disahkan meninggal dunia. Insiden ini juga telah disahkan oleh agensi Oh Jung Se, Prain TPC.

Menurut laporan polis, kemalangan itu berlaku di jalan Buri-myeon, Chungcheongnam-do, sekitar jam 18.58 KST. Van itu bertembung dengan traktor kultivator yang dinaiki suami isteri tersebut.

Suami yang berusia dalam lingkungan 60-an meninggal dunia, manakala isterinya cedera parah dan dibawa ke hospital berdekatan. Oh Jung Se dan pemandunya “A” turut mengalami kecederaan ringan dan terpaksa dirawat di hospital terdekat.

Pemandu A dalam laporannya berkata, petani itu tiba-tiba muncul di seberang jalan dan tidak kelihatan olehnya. Sementara itu, polis mengesahkan pemandu berkenaan tidak mabuk ketika memandu dan mereka kini masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

“Tidak benar Encik A memandu dalam keadaan mabuk. Kami akan menyemak melalui analisis kelajuan untuk melihat sama ada dia memandu laju ketika kejadian,” kata polis.

Dalam berita lain, Oh Jung Se kini sedang menjalani penggambaran untuk siri Netflix ‘Mr. Plankton’. Terdahulu, pelakon tersebut pernah membintangi drama seperti “Revenant”, “It’s Okay to Not Be Okay”, “Hot Stove League” serta filem “Extreme Job” dan “Swing Kids.”

Sumber : 1 | 2

loading...