Alami keajaiban konsert bersejarah ikon pop global yang dipersembahkan di Busan, Korea Selatan
Tayangan perdana BTS: Yet to Come akan ditayangkan menerusi Prime Video di Malaysia dan lebih daripada 240 negara serta wilayah pada 9 November.
17 Oktober 2023—Prime Video hari ini mengumumkan bahawa filem konsert ‘BTS: Yet to Come’, akan tersedia di Prime Video di Malaysia dan lebih 240 negara serta wilayah di seluruh dunia mulai 9 November. ‘BTS: Yet to Come’, telah berlangsung pada Oktober 2022 lalu, di mana kumpulan yang dianggotai tujuh ahli hebat yang menampilkan RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook membuat persembahan di Busan, Korea Selatan. Sebagai sebahagian daripada tawaran Ekspo Dunia 2030 Busan, konsert tersebut diadakan di Stadium Utama Asiad dengan kehadiran kira-kira 50,000 orang.
Filem konsert yang diterbitkan oleh HYBE, CJ 4DPlex dan Trafalgar Releasing itu akan menampilkan 19 persembahan lagu hit mereka, seperti “Dynamite,” “Butter,” “RUN,” “MIC Drop,” “Yet to Come (The Most Beautiful Moment),” dan banyak lagi. Dengan ucapan yang menyentuh hati, pentas yang hebat, bunga api yang menakjubkan dan banyak lagi akan dapat dirasai oleh pengguna apabila berpeluang untuk menikmati pengalaman seperti konsert sebenar melalui ‘BTS: Yet to Come’ on Prime Video. Pengguna Prime Video boleh menikmati rancangan yang menarik di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan menonton semula pada peranti mereka yang serasi.
Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan HYBE dalam mengalu-alukan ‘BTS: Yet to Come’ to Prime Video. Kami sangat maklum akan populariti kandungan Korea berkualiti tinggi di seluruh dunia dan kami berharap dapat menggembirakan pengguna di seluruh dunia dengan ‘BTS: Yet to Come’. Kami teruja untuk menonton filem konsert dan genre seumpama ini akan menemui penonton baharu dari negara berbeza di Prime Video.
– David Simonsen, pengarah Prime Video Asia Tenggara
Pelanggan Prime Video di Malaysia dan 240 negara serta wilayah di seluruh dunia akan dapat menstrim ‘BTS: Yet to Come’ mulai 9 November dan untuk pelanggan Prime Video di Jepun bermula pada 1 Disember. Pelanggan Prime Video boleh menonton filem dan pelbagai rancangan lain di mana-mana dan pada bila-bila masa pada beratus-ratus peranti yang serasi. Dalam apl Prime Video, pelanggan juga boleh memuat turun episod pada peranti mudah alih dan tablet mereka dan menonton di mana-mana di luar talian tanpa sebarang kos tambahan. Prime Video boleh didapati di Malaysia pada harga RM25 sahaja sebulan.