“Squid Game 2” umum barisan terakhir pelakonnya yang penuh kejutan

Musim kedua drama popular “Squid Game” yang dinanti ramai kini telah mengesahkan lebih ramai lagi barisan pelakonnya!

Pada 29 Jun, Netflix telah berkongsi foto dari sesi bacaan skrip pertama “Squid Game 2.” Sesi bacaan skrip dihadiri oleh pasukan produksi, pengarah Hwang Dong Hyuk, Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, dan Wi Ha Joon dari musim pertama serta barisan baharu yang telah disahkan sebelum ini iaitu Im Siwan, Kang Ha Neul , Park Sung Hoon, dan Yang Dong Geun.

Baris atas (dari kiri): Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Yim Si Wan, Kang Ha Neul Baris tengah (dari kiri): Park Gyu Young, Park Sung Hoon, Jo Yu-ri, Wi Ha Joon Baris bawah (dari kiri): Yang Dong-geun, Kang Ae Sim, Lee David, Lee Jin Hyuk 

Foto menegak: Pengarah Hwang Dong Hyuk

Selain itu, kehadiran pelakon tambahan yang telah disahkan seperti Park Gyu Young, Jo Yu Ri, Won Ji An, T.O.P, Lee Jin Wook, David Lee, Noh Jae Won, dan Kang Ae Sim juga menarik perhatian penonton.

Dari kiri ke kanan: Choi Seung Hyun, Lee Jin Hyuk, Won Ji An, Park Gyu Young, Kang Ae Sim, David Lee, Jo Yu-ri, Roh Jae Won

Sedikit info mengenai pelakon tambahan: 

Park Gyu Young – yang terkenal dengan peranannya dalam siri Netflix “Sweet Home” Musim 1 dan 2. Dia juga akan membintangi siri Netflix yang akan datang  iaitu “Celebrity”

Jo Yu Ri: Pelakon dan bekas ahli kumpulan gadis Korea Selatan-Jepun Iz*One.

Kang Ae Sim: Seorang pelakon teater dan muzikal yang sangat dihormati di Korea. Persembahannya dalam siri TV “Be Melodramatic” dan siri Netflix “Move to Heaven” meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

T.O.P, atau Choi Seung Hyun yang pernah membintangi drama termasuk “Iris” dan “I am Your Teacher” serta filem “Tazza: The Hidden Card” dan “Commitment,” akan membintangi projek domestik buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun sejak “Tazza : The Hidden Card.”

Lee Jin Wook, yang mendapat perhatian ramai dengan kemahiran lakonannya melalui siri “Voice” dan “Sweet Home,” akan bersatu semula dengan pengarah Hwang Dong Hyuk selepas bekerjasama dalam filem “Miss Granny.” Lee Jin Wook juga akan kembali membintangi siri Netflix “Sweet Home” musim kedua.

David Lee, yang bekerjasama dengan pengarah Hwang Dong Hyuk dan Lee Jung Jae dalam filem “The Fortress” dan “Svaha: The Sixth Finger,” akan bersatu semula dengan mereka menerusi “Squid Game 2.”

Roh Jae Won, yang telah mendapat pengiktirafan lakonannya melalui filem seperti “Missing Yoon” dan “Ditto” meningkatkan lagi rasa ingin tahu penonton terhadap watak nya selepas dilaporkan bergabung dengan “Squid Game 2”.

Won Ji An: Membuat penampilan sulung yang mengagumkan pada musim pertama siri Netflix “D.P”.

Dengan pengumuman pelakon tambahan ini, kini “Squid Game 2” secara rasminya dibintangi oleh Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Yim Si Wan, Kang Ha Neul, Park Gyu Young, Park Sung Hoon, Jo Yu Ri, Wi Ha Joon, Yang Dong Geun, Kang Ae Sim, David Lee, Lee Jin Hyuk,  T.O.P (Choi Seung Hyun), Roh Jae Won, Won Ji An dan Gong Yoo.

“Squid Game 2” akan memulakan penggambaran pada separuh kedua 2023. Nantikan kemaskini selanjutnya.

loading...