SM Entertainment umum Lucas tinggalkan NCT dan WayV, Lucas kongsi perasaan di Instagram

Berita yang mengejutkan apabila dikhabarkan Lucas akan meninggalkan NCT dan WayV.

Pada 10 Mei, agensinya SM Entertainment berkata bahawa Lucas akan meninggalkan NCT dan WayV. Dalam satu kenyataan, agensi itu mendedahkan bahawa selepas membincangkan masa depan penyanyi itu, Lucas telah memutuskan untuk meninggalkan kumpulan itu dan meneruskan kerjaya solo.

“Selepas berbincang dengan Lucas, kami membuat keputusan bersama. Dia akan meninggalkan NCT dan WayV untuk meneruskan kerjaya solo. Kami harap anda faham dan beri sokongan kerana keputusan ini diambil setelah mengambil kira ahli dan peminat yang sentiasa menyokong selama ini. Lucas juga merancang untuk menunjukkan penampilan solo dalam pelbagai kesempatan mulai sekarang,” kata SM Entertainment.

Berikut adalah kenyataan penuh daripada SM Entertainment:

Dalam pada itu, Lucas juga turut mengumumkan pemergiannya dari NCT dan WayV yang dikongsikannya melalui pernyataan tertulis yang dimuat naik ke media sosialnya pada hari yang sama.

Berikut adalah kenyataan penuh:

dari Instagram Lucas

Hello, saya Lucas. Hari ini saya ada pengumuman penting untuk semua orang. Selepas pertimbangan yang panjang, saya memutuskan untuk meninggalkan NCT dan WayV.

Saya benar-benar rasa bersalah kepada ahli dan dengan berat hati saya meninggalkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama. Sudah lapan tahun sejak saya mula-mula menyertainya dan saya amat berterima kasih atas sokongan selama ini.

Saya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini dan saya percaya ia adalah keputusan yang tepat untuk kebaikan semua. Saya percaya cara terbaik untuk membalas budi peminat yang menyokong saya adalah dengan terus memberikan persembahan yang hebat.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua peminat dan semua orang yang terus menyokong saya.

Terdahulu pada Ogos 2021, Lucas terlibat dalam kontroversi berhubung tindakan lampaunya terhadap bekas teman wanitanya. Tidak lama selepas itu, Lucas menyiarkan surat permohonan maaf bertulis tangan di Instagramnya diikuti dengan kenyataan dari SM Entertainment yang mengumumkan bahawa Lucas akan menghentikan aktivitinya buat sementara waktu sebagai langkah untuk muhasabah diri.

Apapun, selamat maju jaya buat Lucas dengan perjalanan yang baru.

Sumber : 1 | 2

loading...