Gong Yoo dan Seo Hyun Jin dilamar bintangi drama romantik terbaru Netflix

Gong Yoo dan Seo Hyun Jin mungkin akan membintangi drama baharu tidak lama lagi!

Pada 20 Februari, TV Daily melaporkan bahawa Gong Yoo dan Seo Hyun Jin akan membintangi siri Netflix “Trunk” (tajuk literal) bersama. Sebagai tindak balas kepada laporan itu, sumber dari agensi mereka Management SOOP berkongsi, “Gong Yoo dan Seo Hyun Jin telah menerima tawaran untuk membintangi ‘Trunk,’ dan mereka sedang meneliti tawaran tersebut secara positif.”

Berdasarkan novel dengan nama yang sama, “Trunk” adalah mengenai agensi perkhidmatan perkahwinan, NM Agency yang mengatur serta menguruskan perkahwinan yang diidamkan oleh pelanggannya. Projek ini akan diterajui oleh PD Kim Gyu Tae yang pernah mengarahkan “Our Blues,” “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo,” “It’s Okay, That’s Love,” dan “Live”. Manakala, naskhahnya ditulis oleh penulis skrip Park Eun Young dari ” Hwarang.”

Menurut laporan, Seo Hyun Jin kini sedang mempertimbangkan peranan Noh In Ji yang merupakan Naib Presiden NM Agency yang memilih untuk kekal bujang walaupun kerjayanya berkisar tentang perkahwinan. Sementara itu, Gong Yoo sedang berbincang untuk memainkan watak penerbit muzik Han Jung Won yang percaya dan menganggap semua perkahwinan adalah penipuan.

Walaupun masih dalam peringkat pertimbangan, ramai peminat teruja dengan gandingan kedua-dua pelakon ini dan mengharapkan agar mendapat perkembangan positif daripada produksi drama tidak lama lagi.

Sumber : 1 | 2

loading...