Menurut laporan media pada 9 Februari, bekas anggota Big Bang; Seungri telah dibebaskan dari Penjara Yeoju dua hari lebih awal daripada yang dijangkakan.
Selepas diselubungi dengan pelbagai tuduhan termasuk penggelapan wang, pelanggaran undang-undang sanitasi makanan, keganasan seksual, rakaman video tanpa kebenaran, bersubahat dengan bapa ayam, perjudian secara tidak sah, pengurupan mata wang tanpa sah, dan sebagainya., yang mana semuanya tertumpu kepada hubungannya dengan kelab malam dewasa ‘Burning Sun’, Seungri menghadapi perbicaraan di mahkamah pada Januari 2020. Pada Mac tahun yang sama, Seungri memulakan perkhidmatan ketenteraan mandatorinya, menyebabkan perbicaraannya dipindahkan ke bidang kuasa mahkamah tentera.
Pada Ogos 2021 lalu, mahkamah tentera telah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda sebanyak 1.156 billion won (~RM4.03 juta). Hukuman itu juga menyebabkan Seungri dikenal pasti sebagai pesalah seksual.
Semasa dua rayuan yang berasingan, hukuman Seungri dikurangkan kepada 1 tahun dan 6 bulan selepas mempertimbangkan kenyataan defendan yang telah menyesal dan mahu bermuhasabah diri. Dia kemudiannya dipindahkan ke Penjara Yeoju untuk baki hukuman penjara selepas siri perbicaraannya dan kini telah dibebaskan pada 9 Februari KST. Pada mulanya, dia dijadualkan dibebaskan pada 11 Februari