IU dan Park Bo Gum bergandingan dalam drama terbaru dengan berlatarbelakang 1950-an

IU dan Park Bo Gum akan disatukan dalam drama baharu!

Pada 27 Januari, syarikat produksi Pan Entertainment mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon itu akan membintangi drama akan datang “You Have Done Well” (tajuk literal), dengan tajuk Korea ditulis dalam dialek Jeju.

Drama yang akan datang ini akan menceritakan kisah hidup Ae Soon dan Gwan Shik yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahun 1950-an.

Pelakon yang mempunyai nama penuh Lee Ji Eun akan memegang watak sebagai Ae-soon, seorang wanita yang mempunyai semangat memberontak. Dia dikenali sebagai seorang yang berani yang tidak pernah menyembunyikan sebarang emosi. Dalam drama ini, Ae Soon bermimpi untuk menjadi seorang penyair. Dia cuba mencapai impian ini walaupun bukan berasal dari keluarga berada dan tidak berpendidikan formal.

Sementara itu, Park Bo Gum memainkan watak Gwan Shik yang rajin dan pendiam. Dia juga dikenali sebagai seorang yang dingin kerana tidak romantik dan sentiasa keliru apabila membalas pelbagai luahan Ae Soon. Walau bagaimanapun, Gwan Shik telah memendam perasaan terhadap Ae Soon dari awal dan melakukan segala yang dia boleh untuk meluahkan perasaan itu dalam diam.

“You Have Done Well” akan ditulis oleh penulis hit Im Sang Choon dari “Fight for My Way” dan “When the Camellia Blooms” dan diarahkan oleh Kim Won Seok, yang sebelum ini bekerja untuk drama “Misaeng (Incomplete Life),” “Signal ,” dan “My Mister.”

Drama terbaru ini juga menjadi detik pertemuan semula antara IU dan Kim Won Seok, yang sebelum ini pernah bekerjasama menerusi “My Mister” (2018).

“You Have Done Well” dijadualkan untuk memulakan produksi pada separuh pertama tahun ini.

Sumber : 1

loading...