Taecyeon 2PM dan Won Ji An terajui drama terbaru percintaan fantasi + ‘vampire’

Taecyeon 2PM dan Won Ji An akan bergandingan dalam drama terbaru mereka.

“My Heart Is Beating” (tajuk literal) ialah drama percintaan fantasi baharu KBS2 di mana Seon Woo Hyun yang merupakan separuh manusia dan separuh pontianak/ vampire tidak dapat menjadi manusia sepenuhnya kerana perbezaan satu hari dalam tempoh 100 tahun, mula hidup bersama dengan Joo In Hae, seorang wanita yang tidak mempunyai sisi kemanusiaan, dan mendapati kemesraan sebenar.

Taecyeon akan memegang watak utama lelaki Seon Woo Hyul, separuh manusia dan separuh vampire. Pernah, dia menumpukan hidupnya untuk menjadi manusia dengan mengurung dirinya di dalam gua, serta hanya makan bawang putih dan mugwort selama hampir 100 tahun. Walau bagaimanapun, usahanya berakhir dengan kegagalan hanya dalam satu hari, menghukumnya untuk hidup kekal.

Seiring dengan peredaran masa ke saat ini, Seon Woo Hyul menjadi seorang trendsetter yang selalu menjadi yang pertama untuk mencuba perkara-perkara baru. Suatu hari, dia bertemu dengan seorang wanita yang tidak mempunyai perikemanusiaan, Joo In Hae (lakonan Won Ji Ahn). Membesar dalam keadaan miskin, Joo In Hae telah melakukan semua jenis pekerjaan untuk menampung kehidupan. Dia tidak percaya kepada manusia, sehingga dia bertemu dengan separuh vampire Seon Woo Hyul.

“My Heart Is Beating” akan memulakan penggambaran tidak lama lagi dengan matlamat penyiaran pada separuh kedua 2023.

Sumber : 1

loading...