Salah seorang ahli kumpulan LOONA, Chuu telah diumumkan keluar daripada kumpulan. Rata-rata peminat berasa terkejut dengan berita itu
Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh agensi LOONA iaitu BlockBerryCreative.
Pada 25 November, agensi itu mengeluarkan kenyataan berikut:
Hello. Ini ialah BlockBerryCreative.
Kami mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan peminat bahawa kami telah memutuskan bahawa artis agensi kami Chuu akan dipkeluarkan dan ditarik balik sebagai ahli LOONA mulai 25 November 2022.
Terdapat banyak spekulasi mengenai Chuu LOONA pada tahun lalu, tetapi agensi dan ahli LOONA tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tidak menimbulkan masalah dengan aktiviti kumpulan itu atau menimbulkan kebimbangan kepada peminat.
Disebabkan kasih sayang ahli LOONA terhadap kumpulan dan megambilkira perasaan peminat, mereka ambil jalan mendiamkan diri dari mengiyakan atau menafikan apa sahaja berita malah mereka cuba meluahkan perasaan mereka dengan meletakkan usaha terbaik mereka untuk persembahan dan kandungan.
Bagaimanapun, selepas baru-baru ini diberitahu tentang bahasa kasar Chuu dan penyalahgunaan kuasa terhadap kakitangan kami, kebenaran telah ditemui selepas siasatan dijalankan. Wakil agensi meminta maaf dan menghiburkan kakitangan, dan kami telah memutuskan untuk bertanggungjawab atas perkara ini. Oleh yang demikian Chuu dikeluarkan daripada LOONA.
Pertama sekali, kami secara rasmi memohon maaf kepada kakitangan yang telah terluka dengan insiden ini, dan kami akan berusaha sepenuhnya supaya mereka akan cepat pulih dan fokus pada rawatan sebelum kembali sihat seperti sedia kala.
Kami memohon maaf kepada peminat yang menyayangi dan menyokong LOONA sehingga kini dan maaf sekali lagi LOONA tidak akan kekal dengan 12 orang ahli lagi selepas ini.
Agensi dan LOONA akan kembali ke akar umbi kami dan berusaha sekuat mungkin agar kejadian seperti ini tidak akan berulang pada masa hadapan. Ahli LOONA tidak bekerja semata-mata untuk keuntungan individu, dan mereka tahu apa yang peminat telah berikan kepada mereka untuk membawa mereka ke tahap ini, jadi mereka tidak melakukan apa-apa untuk menimbulkan masalah kepada pasukan. Mereka akan berjaya sehingga akhir dan membalas kembali kasih sayang daripada semua yang menyokong LOONA.
Di samping itu, agensi dan ahli LOONA akan menghormati dan berterima kasih kepada semua kakitangan yang bekerjasama. Agensi akan melakukan segala yang mungkin untuk membalas pengorbanan dan dedikasi kakitangan agar perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.
Pada bulan Jun, BlockBerryCreative menafikan khabar angin Chuu menyanyi dengan agensi lain. Pada bulan Oktober, timbul laporan bahawa Chuu menubuhkan agensinya sendiri, yang mana BlockBerryCreative turut mengulas, “Khabar angin perpindahannya tidak berasas.”