“Alchemy of Souls” Musim 2 telah dimuktamadkan jadual siarannya pada awal Disember ini


Jadual siaran untuk “Alchemy of Souls Musim 2” telah dimuktamadkan!

Pada 19 Oktober, tvN mengesahkan bahawa “Alchemy of Souls Musim 2” akan ditayangkan pada 10 Disember depan.

Ditulis oleh duo penulis skrip terkenal yang dikenali sebagai Hong Sisters, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlatarkan negara fiksyen Daeho, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau pada peta. Drama ini mengisahkan watak-watak yang nasibnya berubah akibat sihir yang menukar jiwa manusia.

Bahagian 1 “Alchemy of Souls” telah disiarkan dari 18 Jun hingga 28 Ogos, mencatatkan purata rating penonton seluruh negara tertinggi sebanyak 9.3%.

Bahagian 2 “Alchemy of Souls” mengandungi 10 episod, dan Go Yoon Jung sebagai Nak Soo akan menggantikan watak utama yang dipegang Jung So Min dalam musim yang pertama.

Jangan lupa untuk menonton sambungan “Alchemy of Souls” Musim kedua di Netflix mulai 10 Disember depan.

Sumber : 1 | 2

loading...